Tuesday, July 21, 2009

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan AJK DPPKK Sessi 2009/2011




Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) Sessi 2009/2011 telah disempurnakan oleh Ustaz Rizuan Hashim, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) semalam di Pejabat PAS Kawasan Kemaman.

Majlis perlantikkan ini berlangsung sebaik sahaja selesai mesyuarat penyelarasan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 antara AJK DPPNT dengan AJK DPPKK.

DPPKK telah dipilih menjadi tuan rumah HIMPIT 2009 yang dijangka akan diadakan pada 30-31 Oktober nanti di Dataran Geliga, Kemaman. Pemilihan Kemaman menjadi tuan rumah merupakan satu penghormatan kepada seluruh ahli Pemuda PAS di Kemaman memandangkan program ini merupakan antara acara tahunan terbesar dalam kalendar DPPNT.

DPPNT mensasarkan penyertaan 200 pemuda setiap kawasan dan dijangka 1,600 pemuda akan menyertai himpunan tersebut. Pelbagai acara akan diadakan seperti ceramah perdana oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, slot 'Orang Muda Geng Kita' merangkumi acara sukan pemuda, gotong royong, ziarah, kebajikan, pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma, pidato pemuda dan pertandingan mewarna pelajar PASTI.

HIMPIT 2009 telah memilih tema 'Mempersada Perjuangan' sejajar dengan tema ucapan dasar YB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Muktamar Agung kali ke-55 yang lepas. Upacara perasmian akan dilakukan oleh Ustaz Nasharuddin Hassan Tantowi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online