Monday, September 7, 2009

Bangunan PAS Kawasan Kemaman Tersergam Megah Di Bandar Chukai



Pengguna jalanraya dari Dungun ingin memasuki Bandar Chukai akan terpandang bangunan ini. Begitu juga mereka dari Kuantan menuju ke Kuala Terengganu dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Penghiburan. Semua akan terpandang dengan bangunan berwarna hijau dan bendera bulan purnama.

Tersergam megah di tengah Bandar Chukai. Bendera gergasi bersaiz 5'x10' yang berkibaran ditiup angin mengamit perhatian pengguna jalanraya. Itulah Bangunan PAS Kawasan Kemaman yang terletak di Jalan Penghiburan, Bandar Chukai, Kemaman.

Bangunan 2 pintu 3 tingkat tersebut dibeli dengan harga RM1 Juta. Ianya menjadi pejabat pentadbiran PAS Kawasan Kemaman, Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Pejabat DUN Chukai dan Pejabat Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.

Terdapat Dewan Purnama yang dapat menampung 500 orang di tingkat 3 serta sebuah Bilik Mesyuarat.

Selain memiliki bangunan tersebut, menurut Haji Ismail Harun selaku Yang Dipertua, PAS Kawasan Kemaman sedang berusaha untuk membina sebuah Kompleks PAS Kemaman. Ianya akan menjadi pusat segala aktiviti dan program yang besar dan memberi keselesaan kepada para peserta dan orang ramai.

Kompleks PAS Kemaman akan menjadi pusat aktiviti utama yang dapat menampung bilangan peserta dan kenderaan dalam kuantiti yang banyak.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online