Sunday, September 13, 2009

Pemuda BersamaMu Menyumbang RM610 & Hamper Kepada Azni Sidek




Pemuda PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik melalui Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah menziarahi seorang pemuda yang keuzuran di Kg. Gelugor, Kerteh selepas solat terawih semalam.

Rombongan Pemuda PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik ini diketuai oleh Maznan Chik (Ketua), Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Ketua I), Saiful Azmi Suhaili (Setiausaha), Syed Khairi Amier Syed Raduan (Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan), Ramzan Ibrahim (AJK) dan Mohd Nazran Mohd Noor (AJK Pemuda PAS Cawangan Gelugor).

Saudara Mohd Azni Sidek, 40 tahun mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Beliau diserang penyakit reput tulang. Menceritakan detik - detiknya, "penyakit reput tulang ini adalah kemuncak dari penyakit gout yang saya hadapi semenjak umur awal 20 tahun lagi. Asid urik yang berkumpul telah mula memakan sel - sel tulang saya. Saya terpaksa meminum sejenis susu tepung untuk mengembalikan kembali sel tulang baru dan setakat ini Alhamdulilah amat berkesan. Kos susu tepung tersebut agak tinggi iaitu RM21 untuk setiap 700 gram", ujar Mohd Azni ketika ditemubual oleh wakil rombongan kami.

Beliau terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kemaman dua kali seminggu dan terpaksa berulang alik sejauh 90 kilometer setiap kali pergi dan balik.

Akibat penyakit tersebut, Mohd Azni tidak dapat bekerja. Beliau telah kehilangan berat badan semenjak 9 bulan lalu sebanyak 25 kilogram. Anak sulungnya yang berumur 10 tahun tidak dapat membereskan yuran persekolahan.

Pemuda PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah menghulurkan bantuan segera sebanyak RM610.00 dan sedikit barangan keperluan harian bagi meringankan beban beliau.

Pemuda PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan mengusahakan bantuan persekolahan untuk anak - anaknya yang masih bersekolah.

Orangramai/syarikat/pembekal/individu yang ingin memberi sumbangan untuk bantuan persekolahan anaknya bolehlah menghubungi 0139815788 (Setiausaha Pemuda MTD) atau 0122367801 (Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online