Saturday, February 12, 2011

Seramai 300 Pemuda Kemaman Ke HIMPIT 10K 2011 Di Batu 6, Kuala Nerus

YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sedang menyampaikan ucapan perasmian HIMPIT 10K 2011.
Sebahagian dari 10,000 pemuda Islam Terengganu yang hadir sedang merakamkan detik bersejarah.
Kontingen Pemuda - Pemuda Islam Kemaman di upacara perasmian HIMPIT 10K 2011.

Kemaman, 13hb. Februari - Seramai 300 orang pemuda Islam dari Kemaman telah menyertai Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K 2011 di Padang Bola, Batu 6, Kuala Nerus pada pagi Jumaat lepas.

Dari jumlah tersebut, 150 peserta telah berkonvoi motosikal dibawah pengelolaan ARC Kemaman yang diketuai oleh Ketua DACS Kemaman, Azman Mohd.

Sebanyak lima buah kereta dan sebuah lori 4x4 telah mengiringi peserta konvoi yang berlepas dari Surau Feri, Kemasik.

HIMPIT 10K 2011 pada kali ini bertemakan 'Masa Untuk Berubah - PAS Ganti UMNO' dirasmikan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Sessi 'motivasi Jihad & Kebangkitan' telah disampaikan oleh Haji Mohd Sabu, AJK PAS Pusat bertempat di Padang Bola, Batu 6.

Turut hadir ialah Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi yang telah menyampaikan ucapan bersemangat kepada para pemuda yang hadir.

ARC Teregganu juga telah mengadakan pertunjukan (exibition) motosikal dan satu slot '1 Jam Bersama Ustaz Azhar Idrus' berjaya menarik minat puluhan ribu pemuda pada sessi petangnya.

Ceramah Perdana yang menampilkan Haji Mohd Sabu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Tuan Haji Salleh Embong (Pengerusi Bertindak JK Penduduk Banggol Donas merangkap bekas AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus) telah diadakan di Kampung Petai Bubus, Manir.

'Orang Muda Geng Kita - Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online