Sunday, July 12, 2009

BBQ Bersama Masyarakat Sekitar Penelex/Taman Wan Adnan, Kerteh











Majlis santai BBQ Bersama Masyarakat Sekitar Kerteh telah diadakan pada 22hb Mei 2009 di hadapan Bazar Majlis Perbandaran Kemaman, Cawangan Kerteh selepas solat Isya.

Pihak penganjur juga menjemput wakil dari Balai Polis Kerteh untuk memberi penerangan ringkas berkenaan dengan aspek keselamatan kepada penduduk sekitar Perumahan Penelex dan Taman Wan Adnan. Beliau memaklumkan keadaan keselamatan di Mukim Kerteh ini secara amnya berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Kadar jenayah tidak begitu membimbangkan dan dari segi pecahan kesalahan penyalahgunaan dadah dan gejala rempit agak terkehadapan berbanding dengan kategori yang lain. Beliau menyeru penduduk dan masyarakat setempat bekerjasama dengan pihak Polis dalam menangani isu keselamatan setempat.

Pengisian seterusnya dalam program yang agak santai ini ialah sessi tazkirah pendek oleh Al Fadhil Ustaz Sublie Samsuddin, Imam II Masjid Tengku Mizan, Kerteh.

Setelah itu, para hadirin menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disajikan seperti kuih muih, nasi minyak, mee hoon, ikan bakar dan ayam bakar.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online