Tuesday, July 14, 2009

Selamat Tinggal BN : Rakyat Sudah Tidak Sabar Menunggu PRU Ke-13






Kemenangan calon PAS Abe Uji dari Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai di Kelantan menjadikan kemenangan PR dalam Pilihanraya Kecil selepas PRU 12 keseluruhan 6-0 bermula dari PRK di Parlimen Permatang Pauh yang lepas. Rakyat telah nekad mengantikan Barisan Nasioanl (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) walau apa slogan dan pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk memenangi hati rakyat. Pengumuman 11 perkara sempena 100 hari menjadi PM nyata tidak diendahkan oleh rakyat dan keputusan di Manek Urai telah menjadi saksi yang jelas dan nyata penolakan ini. Apatah lagi janji projek jambatan RM7 juta oleh oleh Muhyiddin Yassin kepada pengundi di Manek Urai langsung tidak mengubah persepsi rakyat dan pengundi tidak termakan umpan mainan politik sepertimana yang disangkakan oleh puak - UMNO/BN. Sandiwara dan lakonan sebagai penoreh getah menjadikan rakyat semakin keliru dan terasa diri mereka diperbodohkan sewenang - wenangnya oleh pimpinan UMNO. Apatah lagi para pemimpin UMNO bertukar kulit dan corak hidup di Manek Urai. Imej bertopi sukan bertukar kepada kopiah putih dan seorang bekas Menteri dilihat memakai baju kemeja 'bundle' dengan butang tercabut semasa ditemuramah oleh wartawan media massa.
Pengundi di Manek Urai telah mengekalkan PAS untuk mewakili mereka. Abe Uji sebagai pemborong ikan di Kuala Kerai bukan sahaja berdepan dengan seorang anak muda berumur 39 tahun, seorang bekas Pengurus di sebuah agensi kerajaan pusat dan seorang graduan dari universiti. Abe Uji sebenarnya berdepan dengan Kerajaan Malaysia dan seluruh para menteri dan timbalannya bersama kementerian serta agensi kerajaan pusat dan kakitangan di Manek Urai. Jentera UMNO/BN dengan konsep 3M (Media, Money & Machinery) telah bekerja siang dan malam untuk menang. Kekalahan UMNO/BN telah mengesahkan gelombang penolakan rakyat terhadap pemerintahan BN selama 50 tahun tidak dapat disekat lagi. Rakyat kini sudah berazam untuk menukar kerajaan BN kepada PR di PRU -13 nanti.
Ayuh kepada penyokong dan pendokong serta pencinta keadilan dan kedamaian di Malaysia. Bersiap sedia dan lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk mengambil alih pemerintahan 2013 nanti. Gelombang perubahan ini akan terus bertiup sehingga UMNO/BN dimandi, dikapan, disemadi dan ditalkinkan di tanah perkuburan dan hanya dapat dilihat di dalam kotak cermin Muzium Negara sahaja.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online