Sunday, July 5, 2009

Majlis Mahabbah PAS Kawasan Kemaman 2009





PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan Majlis Mahabbah 2009 di Cheneh Cemerlang Resort (CCR) pada 4 Julai 2009 lepas. Para peserta terdiri dari Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Ulama Kawasan, Dewan Muslimat Kawasan dan Dewan Pemuda Kawasan.

Objektif utama diadakan majlis ialah untuk mempereratkan lagi ikatan ukhwah di kalangan AJK peringkat kawasan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun telah menyampaikan ucapan pembukaan pada sessi pagi diikuti dengan Ketua Dewan Ulama, Tuan Haji Ali Mohd, Naib Ketua Dewan Muslimat, Puan Narliati Lamshah dan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus. Sessi pagi program disudahi dengan sessi dialog antara kepimpinan PAS Kawasan dan sayap - sayap dan penggulungan oleh Tuan Haji Yang Dipertua.
Sessi petang pula didahului dengaan pembentangan kertas kerja bertajuk 'Taujihah' oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan ucapan perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, YB Saudara Salahuddin Ayub.
Semoga dengan majlis ini akan memantapkan lagi pengurusan PAS Kawasan Kemaman serta sayap - sayap dan PAS Kawasan Kemaman akan mencapai kemenangan Islam dalam PRU ke-13 nanti sesuai dengan ucaptama YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS di Muktamar Pusat lepas iaitu 'PAS Memimpin Perubahan'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online