Aktiviti kemasyarakatan membantu golongan susah menjadi keutamaan kepada Pemuda DUN Kemasik dalam merealisasikan slogan 'PAS Untuk Semua - PAS For All'. Tanpa mengira sokongan dan fahaman politik, Pemuda DUN Kemasik terus bergerak dengan kemampuan yang tidak seberapa untuk berbakti setakat yang termampu kepada masyarakat.
Pemuda Bersamu Mu kali ini telah menziarahi golongan yang kurang berkemampuan dan orang tua di Kampung Telaga Papan, Kerteh. Mengetuai ekspedisi Pemuda Bersama Mu ini ialah saudara Syed Khairi Amier Syed Raduan merangkap Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasek, Haji Abu Bakar Ngah selaku Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Telaga Papan, Ad Asmera Abu Bakar (AJK Pemuda PAS Kg. Gelugor) bersama beberapa orang sahabat.
Penerima 1 ialah Saudara Abdul Rani Ismail yang keuzuran. Penerima ke 2 ialah Saudara Arifin Ismail seorang nelayan dan penerima ke 3 ialah Hajjah Minah Binti Hamed yang keuzuran.
Tuesday, July 28, 2009
Pemuda DUN Kemasik Bersama Mu Di Kg. Telaga Papan, Kerteh
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment