Saturday, August 1, 2009

Pemuda Bangkit Menentang Kezaliman ISA







Pemuda PAS DUN Kemasik bersama puluhan ribu rakyat yang cintakan keadilan dan menentang kezaliman ISA telah mengadakan demonstrasi BANTAH ISA di sekitar Kuala Lumpur pada 1hb. Ogos 2009. Semangat perjuangan yang tinggi telah ditunjukkan oleh para pemuda PAS DUN Kemasik sepanjang perjalanan demonstrasi aman tersebut.

Puluhan tembakan peluru gas pemedih mata serta simbahan air berasid dari jentera water cannon Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak sedikit pun melahirkan perasaan takut dan gentar. Rintangan dan dugaan adalah asam garam perjuangan demi menegakkan keadilan apatah lagi menentang pihak penguasa yang zalim yang cuba menidakkan hak rakyat berkumpul sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketika ditemuramah di hadapan Bangunan SOGO petang semalam, Timbalan Ketua II Pemuda PAS DUN Kemasik, Saudara WEan Mohd Faisal Wan Abdullah berkata 'Jika takut dengan rintangan, usah bicara pasal perjuangan' dan berpegang teguh dengan kata hikmah tersebut.

Saudara Mohd Tishaah Hamzah, Timbalan Ketua I Pemuda PAS DUN Kemasik mengingatkan kerajaan menghormati hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara. Golongan muda sekarang telah sedar dan bersedia untuk melakukan perubahan politik demi kemakmuran rakyat Malaysia seluruhnya. Perubahan secara besar - besaran akan diterjemahkan dalam PRU ke - 13 nanti dimana pemuda akan memainkan peranan memimpin perubahan menumbangkan kerajaan UMBO/BN. Beliau menyatakan demikian ketika ditemuramah di hadapan Komplek Pertama bersama puluhan ribu pemuda yang menyertai demontrasi BANTAH ISA.

blogger templates 3 columns | Make Money Online