Friday, August 28, 2009

Ahli PAS Perlu Mantapkan Diri : Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik


Surau Darul Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh : Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu) menyeru ahli PAS memperkemaskan diri dengan ilmu untuk menerajui pemerintahan. Fenomena politik semasa selepas PRU ke-12 menunjukkan UMNO/BN telah sampai ke tahap sakaratul maut menunggu detik untuk dikebumikan dan ditalkinkan. Penanda aras yang jelas ialah kekalahan UMNO/BN dalam kesemua siri PRK sebanyak tujuh kali di Semenanjung Malaysia. Mesej rakyat amat terang dan jelas untuk memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui pemerintahan sepertimana dizahirkan dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang serta DUN di Penanti, Bukit Selambau, Manek Urai dan yang terbaru di Permatang Pasir.

Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik juga menggesa ahli PAS memantapkan diri, keluarga dan masyarakat dengan ilmu yang akan menjadi panduan kehidupan yang hakiki. Setiap insan mempunyai tanggungjawap sebagai hamba Allah dan pemimpin ummah.

Al Fadhil Ustaz juga mengingatkan ahli PAS untuk berwaspada dengan agenda Yahudi dengan sokongan padu Amerika Syarikat untuk menghapuskan cahaya Islam di mukabumi ini. PM British Margaret Thatcher pernah mengatakan musuh Barat yang utama ialah Islam.

Agenda Barat melalui konsep globalisasi akan menakluk minda dan pemikiran ummah Islam secara tidak disedari. Konsep ekonomi kapatalisme yang meruntuhkan nilai institusi kewangan melanda seluruh dunia adalah agenda Yahudi.

Barat juga memperkenalkan budaya hiburan dan mencipta hedonisme kepada golongan muda mudi. Hasilnya pemuda - pemudi Islam hanyut dan khayal dengan alam fantasi yang mengasyikkan dan tidak sensitif terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam yang lain di Palestin, Afghanistan, Lubnan, Chechya, Iran, Iraq, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Rancangan American Idol diciplak menjadi Malaysian Idol membuktikan agenda ini telah berjaya menyelinap masuk ke negara kita.

Kesukanan yang melampau dengan pergaulan bebas atlit dan pakaian yang amat menjolok mata para pemain adalah agenda Yahudi untuk meruntuhkan akhlak dan moral pemuda - pemudi Islam. Keruntuhan akhlak dan moral akan diikuti dengan berlakunya pesta hiburan melampau, maksiat, gejala minum arak, berzina, anak luar nikah dan akhirnya murtad.

Beliau menyeru ahli PAS memperkukuhkan tanzim dan memperbanyakkan keahlian. Program hendaklah sentiasa dirancang dan dilaksanakan termasuk aktiviti ekonomi untuk memperkukuhkan kewangan tanzim. Kemudahan masjid, surau, madrasah, markaz dan pejabat hendaklah diperbanyakkan dan dipertingkatkan kerana semua perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan akan bermula di tempat ini.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online