Pose istimewa suatu petang di bulan Ramadhan Al Mubarak. Berehat seketika sebelum mengagihkan minuman kepada mereka yang akan berbuka puasa. Walaupun penat menyediakan dan mengagihkan minuman namun keceriaan, kepuasan dan keihklasan terpacar di wajah Ustaz Ramlam Mahmud (Setiausaha DPPKK) dan Saudara Mahadi Mahmud (Bendahari DPPKK). Turut bersama Saudara Abdul Rolit Md. Yusoff (AJK Jabatan PASTI Kawasan Kemaman) menyumbang tenaga dan keringat di majlis penyampaian sumbangan ramadhan oleh PAS Kawasan Kemaman di PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman petang semalam.
Air sirap bandung yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) paling mendapat sambutan hangat di majlis berbuka puasa tersebut dan habis dalam beberapa ketika sahaja. Masakan tidak, setelah sehari menahan diri dari makan dan minum air adalah elemen yang paling diminati untuk menghilangkan haus dan dahaga.
Thursday, August 27, 2009
Setiausaha & Bendahari DPPKK Tetap Ceria Walaupun Penat Berpuasa
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 10:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment