Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik melalui Lujnah Politik & Pilihanraya akan menjalankan operasi mendaftar seramai mungkin pemilih dari kalangan pemuda bagi merealisasikan kemenangan PAS di DUN Kemasik pada PRU Ke-13 nanti.
Menurut Timbalan Ketua 1 Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah usaha tersebut akan dikendalikan oleh Unit Kerja Jemaah (UKJ) yang diwujudkan di setiap Pemuda Cawangan merangkumi 14 buah kesemuanya di DUN Kemasik. Buat permulaan kami mensasarkan lima pengundi muda baru setiap cawangan setiap bulan dan dijangkakan sehingga penghujung 2009 seramai 350 pengundi akan didaftarkan.
Pengundi muda ini adalah aset kepada perjuangan PAS dan fenomena semasa menunjukkan berlaku perubahan pemikiran para pemuda untuk memilih PAS dalam pilihanraya. Dari analisa awal didapati para pemuda yang telah menerima borang bantuan hari raya untuk Program Dana Bakti Remaja oleh Kerajaan UMNO/BN di Terengganu sebanyak RM200 tidak berganjak dengan pendirian politik mereka. Para pemuda ini sedar wang tersebut adalah wang kerajaan dan wang rakyat bukannya wang UMNO. 'Saya salah seorang penerima borang Dana Bakti Remaja tetapi itu hak saya dan tidak terikat untuk menyokong UMNO', kata Haris Mohamad ketika ditemubual oleh kami.
Friday, August 7, 2009
Daftar Pemilih Baru : Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan mensasarkan para pemuda/belia
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 11:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment