Taman Islam, Kemaman : Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah dinobatkan memenangi anugerah 'Kontingen Teramai' pada Konvensyen Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) 2009 yang berlangsung di Pusat Pengajian Taman Islam, Bakau Tinggi, Kemaman pada 31hb Julai 09 lepas. Konvesyen julung kali tersebut telah dirasmikan oleh YB Al Fadhil Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).
Menurut Setiausaha Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Saiful Azmi Suhaili jumlah tersebut dijangka bertambah jika tidak bertembung dengan program Dana Bakti Remaja oleh UMNO/BN yang diadakan pada hari yang sama di Kemaman. Ramai pemuda yang telah menerima borang tersebut diarahkan menghadiri satu taklimat di Kemaman.
Menurutnya lagi, Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik telah turun ke setiap Cawangan Pemuda PAS untuk bertemu muka dengan Ketua dan AJK Pemuda Cawangan bagi menghantar seramai mungkin pemuda ke konvensyen tersebut dan sambutan dari pemuda di cawangan amat menggalakkan.
Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua dan AJK Pemuda Cawangan yang bertungkus lumus mengumpul para pemuda di kampung masing - masing bagi merealisasikan penyertaan seberapa ramai ke konvesyen tersebut.
Saturday, August 8, 2009
'TAHNIAH' Pemuda MTD Kemasik Kontingen Teramai di Konvensyen DPPKK 2009
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 12:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment