Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) akan menganjurkan Iftar Ramadhan bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS pada 30hb. Ogos 2009, Ahad, Jam 6.00 petang di Restoran Seri Kalongan, Bukit Kuang, Kemaman. Majlis ini bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan program dan aktiviti DPPKK terutamanya melibatkan kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. Turut bersama dalam program ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).
Orang ramai yang berminat boleh membeli tiket berharga RM50/pax. Tiket boleh didapati dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan di tempat masing - masing atau 019-9348062 (Timbalan Ketua I Pemuda MTD Kemasik) atau 013-9815788 (S/U Pemuda MTD Kemasik). Tempahan awal adalah digalakkan memandangkan tempat adalah terhad.
Sunday, August 16, 2009
Iftar Ramadhan Bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS Anjuran DPPKK
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment