Saturday, August 15, 2009

Isu khianat cuba tutup rasuah PKFZ dan kematian Teoh Beng Hock : celakanya UMNO







Amat aneh bin ajaib UMNO/BN ini. Muhyiddin Yassin melancarkan serangan mendakwa Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar Ibrahim tidak pernah berkuasa dalam kerajaan dikatakan khianat. Tanpa kuasa pun Anwar Ibrahim ditakuti dan dituduh pengkhianat. Sirah Nabi saw pun pernah dituduh pengkhianat dan pemecah belah masyarakat oleh kepimpinan United Musyrikin National Organisation (UMNO) walaupun Baginda saw bukan seorang pemerintah waktu itu. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai kuasa boleh dituduh pengkhianat. Pengkhianat biasanya mempunyai kelebihan dari orang yang dikhianatinya. Pembuli mesti seorang yang lebih besar bentuk badannya dari orang yang dibuli. JKKK mesti mempunyai kuasa yang lebih dari orang kampung jika mahu membuat khianat melalui kuasanya. Apa yang Anwar Ibrahim ada untuk menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Sebenarnya isi pengkhianat ini dilontarkan untuk menutup isu penyelewangan dan rasuah pemimpin BN berbilion ringgit dalam skandal PKFTZ. Isu pengkhianat ini untuk menutup rakyat membicarakan soal kematian Teoh Beng Hock semasa berada dalam tahanan SPRM. Isu pengkhianat ini cuba menutup cerita perhimpunan puluhan ribu anak muda pelbagai bangsa pada 1 Ogos lepas meminta dimansuhkan akta zalim ISA. Isu pengkhianat ini cuba menutup isu bekas doktor gigi Khir Toyo membina istana di Seksyen 7, Shah Alam bernilai puluhan juta ringgit. Isu pengkhianat ini cuba menutup tuduh menuduh yang berlaku dalam skandal PKFZ antara pemimpin MCA dengan Ketua Backbencher.

Rakyat tidak mudah terkeliru dan terpedaya cuma rakyat menyaksi dengan senyum aksi lucu dan cemas pemimpin UMNO/BN. Rakyat telah menunjukkan mesej yang jelas kepada UMNO/BN pada PRU ke-12 yang diselamatkan dengan 52 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sahaja. Mesej seterusnya diterjemahkan di Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan DUN di Penanti, Manek Urai dan Bukit Selambau. DUN Permatang Pasir Insyaallah akan menyusul oleh mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat. Rakyat di DUN Batang Ai akan bersama arus perdana dalam PRU ke-13 nanti.

Pengkhianat yang sebenarnya ialah UMNO/BN. Selama 52 tahun berkuasa UMNO/BN dengan rakus membuli rakyat. UMNO menjadi jaguh membelasah orang Melayu dengan DEB yang hanya menjadi habuan beberapa kerat pemimpin UMNO dan kaun kerabat. Istilah 'BUMI'PUTERA hanya tempelan sahaja. Yang mengaut duit rakyat melalui saham - saham, AP, projek - projek negosiasi, runding terus dan 'design and built' hanya mereka yang bergelar 'UMNO'PUTERA bukannya 'BUMI'PUTERA.

UMNO sebenarnya pengkhianat kepada institusi Raja Raja Melayu. Kedaulatan Raja Melayu telah dirogol oleh UMNO dengan membuang kekebalan raja - raja Melayu dalam apa yang diwarwarkan oleh UMNO sebagai Krisis Istana pada zaman Mahadhir dahulu. UMNO yang telah menelanjangkan Raja Melayu. Pemimpin UMNO Anuar Musa cuba menabalkan seorang yang bergelar 'Tengku' sebagai Sultan Kelantan. Pemimpin UMNO di Terengganu memasang banner 'KAMI MAU IDRIS NATANG' di hadapan Istana Tuanku semasa perebutan jawatan Menteri Besar di Terengganu. Siapakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'natang' tersebut. Dengar khabarnya pihak Istana Terengganu cukup tersentuh hati dan perasaan dengan insiden tersebut. Hasilnya dua tahun berturut - turut (2008 & 2009) Hari Keputeraan Tuanku Al Sultan tidak dianugerahkan sebarang pingat kebesaran. Sampai sekarang MB Mat Said masih lagi bergelar Datuk Ahmad Said bukannya seperti Presiden PAS Dato' Seri. Inilah UMNO yang sebenarnya pengkhianat dan bapak penderhaka kepada Raja dan Sultan Melayu.

UMNO mengkhianati orang Melayu dengan memansuhkan biasiswa kepada pelajar Melayu. Tiada lagi keistimewaan pelajar Melayu yang cemerlang untuk memperolehi biasiswa. UMNO telah menutup MRSM Kuala Berang dan MRSM Dungun di Terengganu yang menjadi pusat pengeluaran pelajar melayu cemerlang akibat demdam kesumat setelah ditolak rakyat di Terengganu pada 1999-2004. Inilah idea pemimpin UMNO Nazri Aziz pengkhianat kepada bangsa Melayu sebenarnya.

UMNO sebenarnya ketua pengkhianat orang Melayu. MB Johor Muhyiddin Yassin telah menjual 31,000 ekar tanah rezab orang Melayu di Johor kepada Kerajaan Singapura untuk dijadikan kawasan tadahan air dan sekarang dikawal oleh Angkatan Bersenjata Singapura di Johor. Tergadai sudah tanah orang Melayu di Johor angkara UMNO sendiri.

Pemimpin UMNO Dungun, Rosli Mat Hassan dalam Perhimpunan Agung UMNO telah menggesa kerajaan Pusat menarik balik bayaran royalti minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu pada 1999-2004. Natijahnya sampai ke hari ini rakyat Terengganu tidak mendapat setitik pun hasil minyak dan seliter padu pun hasil gas yang digali dan disedut di persisir pantai negeri sendiri. Inilah UMNO bapa pengkhianat kepada rakyat Terengganu.

Generasi muda tidak mudah lupa bagaimana kerajaan UMNO Terengganu merampas kembali tanah yang dikurniakan kerajaan PAS Terengganu kepada rakyat. UMNO telah merobohkan sebuah rumah milik seorang Anggota Tentera di Setiu. UMNO telah merobohkan rumah yang dalam pembinaan dan Masjid Bujal di Kijal demi dendam kesumat. Jika Yahudi Laknatullah meroboh rumah orang Palestin untuk membina penempatan orang Yahudi tetapi UMNO Terengganu yang berbangsa Melayu meroboh rumah rakyat sendiri berbangsa Melayu.Inilah UMNO seperti (baca : macam) Yahudi. UMNO sebenarnya pengkhianat bangsa. Pemimpin UMNO telah menyerahkan tanah serta gunung untuk dibina kasino judi di Genting dan tanah tepi pantai di Kijal untuk Awana Hotel & Resort kepada Tauke Judi Lim Goh Tong, Bukit Tinggi Resort, Pulau Tioman Resort, Pulau Redang Resort dan Pulau Pangkor Resort kepada Vincent Tan. Sebuah Pulau Rebak di Langkawi diserahkan kepada anak Mahathir lalu dibina Marina Rebak Resorts. Inilah UMNO ketua pengkhianat kepada bangsa Melayu sebenarnya.

UMNO telah mengusulkan di Perhimpunan Agung UMNO untuk mengugurkan penggunaan perkataan Islam pada parti atau mana - mana pertubuhan. UMNO yang berfahaman sekular ini cuba memisahkan perkataan Islam dari kehidupan dan aktiviti seharian orang Islam di Malaysia.Persidangan Majlis Raja - Raja telah menolak usul UMNO ini dan ternyata UMNO pengkhianat kepada seluruh orang Melayu beragama Islam.

Dimana pemimpin UMNO semasa rumah rakyat di Pasir Gudang, Johor dan Kampung Beremban di Kuala Lumpur dirobohkan. Siapakah pemimpin UMNO yang melarikan anak perempuan
Sultan Selangor dan bernikah di Selatan Tahiland. Bukankah 'pemuda' tersebut bernama Muhammad Muhammad Taib seorang pemimpin kanan UMNO ?. Siapakah pemimpin UMNO yang ditangkap di Lapangan Terbang di Australia bersama berkilo - kilo wang dalam briefcase yang tidak diistiharkan akibat tidak faham Bahasa Inggeris?. Alangkah malangnya rakyat di Selangor mempunyai seorang MB yang tidak faham Bahasa Inggeris yang tertulis di Borang Pengistiharan Wang Tunai di setiap lapangan terbang antarabangsa!. Inilah MB dari UMNO yang membaham duit rakyat berjuta - juta lalu diterbangkan di Australia untuk membeli hartanah disana.

Dasar PPSMI adalah cetusan idea PM Mahadhir Mohamad. Tiada seorang pun pemimpin UMNO samada berpangkat menteri apatah lagi JKKK membantah idea boss mereka. Akhirnya PPSMI dilaksanakan dalam keadaan tanpa penyelidikan yang khusus. Hasilnya boleh dilihat pada hari ini. Seramai 3 juta pelajar telah menjadi mangsa dasar haprak PPSMI ini yang akan dimansuhkan pada 2013 nanti. Perbelanjaan untuk penyediaan PPSMI ini melangkau RM4.4 Billion. Siapakah yang membolot kontrak ini?. Dimana pemimpin UMNO yang mendakwa memperjuang Bahasa Melayu. Ternyata PPSMI ini telah menghancurkan kedaulatan Bahasa Melayu dan mereka yang melacurkan kedaulatan ini ialah pemimpin UMNO sendiri bukannya MCA, Gerakan mahupun MIC.

Tatapilah gambar di atas. Inilah pemberian UMNO kepada kawan - kawannya. Inilah wajah sebenar UMNO yang terbukti mengkhianati bangsa Melayu dan Agama Islam. UMNO lah pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Dulu, Kini dan Selamanya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online