Friday, August 14, 2009

Lawatan Unit Penaziran PASTI Pusat ke PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman







Satu lawatan Unit Penaziran PASTI Pusat yang diketuai oleh Saudara Ridhuan Rashid selaku Pengarah Unit ke PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman telah diadakan pada pagi Jumaat lepas. PASTI Al Hikmah telah berjaya memasuki antara lima buah PASTI yang disenarai pendek (shortlisted) untuk Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) PASTI Peringkat Pusat. Turut mengiringi delegasi dari Kuala Lumpur tersebut ialah Mantan Ketua Unit Penaziran PASTI Pusat dan Setiausaha Unit Penaziran PASTI Pusat.
Rombongan Unit Penaziran PASTI Pusat disambut oleh Ketua Unit Penaziran Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Haji Abdullah Ngah, Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kemaman (Ustaz Hishamuddin Abdul Karim), Timbalan Pengerusi I PASTI Kawasan Kemaman (Mohd Tishaah Hamzah), Timbalan Pengerusi II PASTI Kawasan Kemaman (Riduan Mohamad) serta Pengerusi Jemaah Ibubapa & Guru (JIBG), Pengerusi, AJK2 dan para Guru dan Pembantu PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang selaku tuan rumah.
Rombongan ini telah diberikan satu taklimat melalui tayangan slide multi media oleh Tuan Haji Pengerusi JIBG sendiri. Saudara Ridhuan Rashid ketika mengulas menyatakan rasa kagum dengan pencapaian PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang memandangkan ianya baru dua tahun beroperasi. Beliau yakin dengan komitmen dan kesungguhan Pengerusi,AJK dan para Guru & Pembantu Qaryah PASTI Al Hikmah akan menempa kecemerlangan dalam pendidikan pra persekolahan.
Pengerusi PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, YM Raja Mazlan Raja Muda memaklumkan kos pembangunan keseluruhan setakat ini sebanyak RM93,000.00 dari sumbangan dan hutang individu termasuk kos membeli satu lot tanah sebanyak RM35,000.00. Jumlah pelajar seramai 130 orang termasuk pelajar PASTI PLUS, guru enam orang dan pembantu 2 orang.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online