Friday, August 14, 2009

Team Futsal Pemuda MTD Kemasik Kalah Di Pusingan Ke-2






Pertandingan futsal Piala YB Dato' Ustaz Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu 2009 yang berlangsung di Kuala Ibai pada Jumaat lepas nyata tidak membawa tuah kepada pasukan Pemuda MTD Kemasik. Team futsal Pemuda MTD Kemasik hanya mampu mara ke pusingan ke-2 setelah kecundang kepada Dungun C 1-0 dalam perlawanan di pusingan ke-2 secara kalah mati.Muncul sebagai Naib Johan Kumpulan D yang mengandungi pasukan Besut B, Kuala Terengganu C, Kuala Nerus C dan pasukan Pemuda MTD Kemasik sendiri.
Menurut Pengurus Pasukan, Syed Khairi Amier Syed Raduan pasukan Pemuda MTD Kemasik berjaya menewaskan Besut B (4-0) serta seri (1-1) dengan Kuala Nerus C dan Kuala Terengganu C untuk muncul sebagai Naib Johan Kumpulan D.
Namun semangat kesukanan yang tinggi berjaya ditunjukkan oleh para pemain disamping berpakaian menutup aurat sepanjang perlawanan tersebut. Pasukan Kg. Tengah Kerteh FC ini berjaya dipilih mewakili Pemuda MTD Kemasik setelah muncul sabagai Naib Johan di pertandingan peringkat Pemuda MTD Kemasik yang lepas.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online