Wabak H1N1 semakin serius. Jumlah pesakit semakin bertambah dan kadar kematian semakin meningkat.
Bagi usaha pencegahan para pelajar digalakkan memakai penutup muka. Kos untuk membeli penutup muka ini ditanggung oleh ibubapa. Sehingga ke hari ini tiada pengumuman dari Kementerian Pelajaran untuk membekal topeng muka. Berapa kosnya tidak pernah dibincangkan. Jangan memperjudikan nasib pelajar dengan nilai wang ringgit. Kenapa tidak digunakan peruntukkan 'contigencies' untuk membekalkan topeng kepada pelajar. Jika Kementerian Pelajaran membeli dengan kuantiti yang banyak harga seunit amatlah murah berbanding dari 80 sen sepertimana dijual di farmasi.
Kenapa Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) perlu melibatkan diri untuk membekal topeng ini kepada pelajar? Apa akan terjadi jika PIBG ini tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh ? Adakah tahap keselamatan pelajar bergantung kepada keupayaan kewangan PIBG iaitu sebuah NGO?. Adakah pelajar yang akan menanggung risikonya disebabkan PIBG tidak mampu membekal topeng ini?
Diharapkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin tidak lepas tangan dan hanya sibuk berpolitik di Permatang Pasir sehingga tidak tahu membezakan antara wabak membunuh dengan penyakit normal seperti pening kepala. Hentikan politiking dan jalankan kerja untuk rakyat Malaysia bukannya untuk orang UMNO/BN sahaja.
Wednesday, August 12, 2009
Menteri Pelajaran diminta menangani H1N1 di sekolah secara serius...hentikan berpolitik di Permatang Pasir
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment