Sunday, August 2, 2009

Sukan PASTI Ammar, Kg. Chabang Mendapat Sambutan Masyarakat







PAS Cawangan Kg. Chabang, Kerteh yang mengurus PASTI Ammar buat julung kalinya berjaya menganjurkan Sukan PASTI pada hari minggu Jumaat lepas. Pelbagai acara dipertandingkan untuk para pelajar PASTI Ammar, pelajar sekolah harian biasa berumur 7-12 tahun dan para remaja dan pemuda diadakan di perkarangan Surau Darul Hijrah.

Majlis perasmian pembukaan telah dilakukan oleh Saudara Mohd Tishaah Hamzah, Timbalan Penyelaras I, Jabatan PASTI Kawasan Kemaman. Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan, Pemuda & Muslimat Cawangan, Ahli Jawatankuasa Qaryah PASTI, Guru - Guru PASTI serta ibubapa dan penjaga pelajar dengan kerjasama dan muafakat mengadakan majlis yang agak meriah ini. Beliau yakin masyarakat setempat akan terus memberi kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik anak mereka di peringkat pra persekolahan untuk tahun akan datang. Kegiatan ko-korikulum ini membuktikan sistem pendidikan di PASTI bukan hanya menitikberatkan perkara rohani sahaja malah kekuatan jasmani juga dipupuk kepada kanak - kanak. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Saudara Majid Chik dan Saudara Mohd Tarmizi Ibrahim selaku Pengerusi dan Setiausaha PASTI Ammar dan seluruh ahli jawatankuasa kerana terdapat peningkatan pendaftaran pelajar berbanding tahun terdahulu.

Saudara Amri Mamat, Ketua PAS Cawangan Kg. Chabang dalam ucapan aluannya mengalu - alukan kedatangan penduduk setempat untuk bersama - sama memeriahkan sukaneka ini. Berdasarkan sambutan hangat dari masyarakat setempat beliau mencadangkan majlis ini dijadikan acara tahunan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Harun (Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman). Turut hadir ialah Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan) dan Tuan Haji Ahmad Salahuddin Mohamad (Setiausaha PAS Kawasan).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online