Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, HALWA (Hal Ehwal Wanita) Muslimat MTD Kemasik telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan ramadhan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Majlis diadakan pada 21hb Ogos, Jumaat jam 9.00 pagi di Bangunan PASTI Al Hidayah, Kemasik. Seramai 100 orang penerima dari 14 cawangan PAS telah diraikan dalam satu majlkis yang ringkas.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengarah MTD Kemasik, Puan Narliati Lamshah (Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman (DMPKK), Tuan Haji Salleh Mohd Amin (AJK Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Kemaman), Mohd Tishaah Hamzah (AJK MTD Kemasik)dan Hajjah Maimunah Maat (Ketua Muslimat MTD Kemasik).
Timbalan YDP dalam ucapan ringkasnya menyeru masyarakat memilih Islam sebagai jalan hidup samada dari segi ibadah, mualamalah, munakahat, ekonomi maupun politik.
Mendirikan sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam adalah wajib sepertimana kewajipan menunaikan ibadah puasa.
Beliau menambah hanya hukum Islam yang dapat menyelesaikan kemelut segala masalah yang melanda negara. Apa yang menjadi masalah Islam tidak diambil sepenuhnya oleh pemerintah. UMNO/BN menggunakan Islam hanya sebagai tempelan dan kosmetik sahaja. Hanya PAS yang menawarkan dasar Islam yang menyeluruh kepada penduduk di negara ini.
Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan yang tidak seberapa itu Insyaallah akan meringankan sedikit beban kepayahan golongan yang kurang berkemampuan mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini.
Wednesday, August 19, 2009
Sumbangan Ramadhan oleh HALWA Muslimat MTD Kemasik
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 10:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment