Sunday, August 23, 2009

Tiket Iftar Ramadhan Bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS Masih Boleh Didapati



Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) akan menganjurkan Iftar Ramadhan bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS pada 30hb. Ogos 2009, Ahad, Jam 6.00 petang di Restoran Bangkok, Geliga Besar, Kemaman.

Majlis ini bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan program dan aktiviti DPPKK terutamanya melibatkan kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. Turut bersama dalam program ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).

Orang ramai yang berminat boleh membeli tiket berharga RM50/pax. Tiket boleh didapati dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan di tempat masing - masing atau 019-9348062 (Timbalan Ketua I Pemuda MTD Kemasik) atau 013-9815788 (S/U Pemuda MTD Kemasik). Tempahan awal adalah digalakkan memandangkan tempat adalah terhad.

Sementara itu, Penganjur ingin memaklumkan pertukaran lokasi dari Restoran Seri Kalongan, Bukit Kuang ke lokasi baru Restoran Bangkok, Geliga Besar, Kemaman atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 6:30 PM 0 comments

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online