Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa Di PASTI Al Abrar, Kerteh








Kesibukan membuat persiapan menjelang kedatangan 1 Syawal tidak menghalang pihak pengurusan, guru dan ustazah serta ahli keluarga PASTI/KAFA Al Abrar Kerteh untuk berkumpul bersama.

Majlis berbuka puasa ini adalah aktiviti tahunan PASTI/KAFA Al Abrar. Konsep 'pot luck' digunapakai dimana semua datang dengan membawa juadah masing - masing dan dihidangkan untuk dinikmati bersama - sama.

Semoga majlis ini akan merapatkan lagi ikatan ukhuwah sesama AJK dan keluarga. Inilah masa kita berkenalan dan beramah mesra dengan ahli keluarga AJK disamping menyaksikan gelagat dan celoteh anak - anak mereka yang menghiburkan dalam keadaan perut kosong dan kehausan.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Setiausaha PASTI Al Abrar, Saudara Abu Abbas Abdul Hamid.

Sessi tazkirah ringkas dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Zukiman Zakaria, Ketua Penerangan MTD Kemasik.

Pelbagai juadah dan minuman dibawa dan dihidangkan. Nasi bukhari, nasi putih, ikan kembung golek, ayam goreng pedas, kerabu perut, sate, murtabak, puding, tembikai dan kuih muih menambah selera berbuka puasa.

Antara yang hadir ialah Ustaz Zukiman Zakaria & keluarga, Mohd Tishaah Hamzah (Pengerusi PASTI/KAFA) & keluarga, Abu Abbas Abd. Hamid (Setiausaha) & Keluarga, Haji Abdul Marhalim Mohd Ali (Bendahari PASTI) & Keluarga, Saiful Azmi Suhaili (AJK PASTI) & keluarga, Haji (Capt.) Zulkifli Abdul Samad & keluarga, Haji Roziman Yahaya (Bendahari KAFA) dan Cik Norsyuhada Haji Wahab (Ustazah KAFA).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online