Keputusan UMNO Bahagian Teluk Kemang mengemukakan satu nama sahaja sebagai bakal calon PRK N31 - Bagan Pinang menjadikan pimpinan UMNO Negeri dan Pusat terus membisu.
Sehingga semalam tiada apa ulasan dari Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato' Mohamad Hassan.
Cuma ulasan dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang yang memberi kenyataan yang dikira ulasan nyamuk.
Umum telah sedia maklum siapa Isa Samad. Dari seorang Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak disabitkan dengan politik wang dan tidak dapat bertanding pada pemilihan UMNO lepas.
Semasa menjadi Naib Presiden, Khairi Jamaludin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO bercita - cita menjadi Ketua Pemuda. Taraf Ketua Pemuda adalah seperti Naib Presiden. Perwakilan mesti merasakan agak janggal UMNO Negeri Sembilan yang kecil tetapi mempunyai dua orang Naib Presiden. Seorang mesti dikorbankan demi mendapat hati para perwakilan yang tidak akan memberi undi kepada kedua - dua orang.
Mengulas sebaik disabitkan kesalahan politik wang, Isa Samad menyindir adakah beliau seorang sahaja yang terlibat dengan politik wang sehingga disabitkan kesalahan. Adakah UMNO telah bersih dari pemimpin yang mengamalkan politik wang.
Kematian Alahyarham YB Azman Mohd Noor melonjakkan nama Isa Samad. Umum mengetahui hubungan Isa Samad dengan Mohamad Hassan.
Kebiasaannya UMNO Bahagian akan mengemukakan sekurang - kurangnya 3-4 nama sebagai bakal calon. Senarai nama ini akan diserahkan kepada Perhubungan UMNO Negeri yang akan memutuskan calon yang sesuai sebelum dimajukan kepada Presiden UMNO. Peringkat Presiden hanya meng'endorse'kan sahaja nama tersebut dan tidak campur tangan urusan pemilihan UMNO Negeri.
Mengemukakan hanya satu nama tidak pernah berlaku. Apa akan terjadi jika sesuatu berlaku kepada calon yang namanya dicadangkan. Tiada pilihan ke dua maupun ketiga. Mungkinkah parti lawan akan menang percuma.
Inilah sebenarnya kemelut politik yang melanda UMNO Negeri Sembilan. Rahsia yang tersebar luas telah sedia maklum tangan siapakah di belakang tabir sewaktu Isa Samad dikenakan tindakan tatatertib politik wang oleh Lembaga disiplin UMNO semasa PM Abdullah Badawi.
PRK Bagan Pinang amat penting buat UMNO/BN. 'By crook by hook' UMNO/BN mesti menang sebab ianya adalah kubu kuat UMNO. Takkan UMNO/BN kalah di kubu kuatnya. Bilamana kubu kuat pun UMNO/BN kalah bermakna satu malapetaka besar akan melanda UMNO/BN dalam PRU ke - 13 nanti. Kubu kuat pecah bermakna UMNO/BN akan mengucapkan selamat tinggal kepada semua seperti parti LDP di Jepun.
Isu bakal calon memeningkan kepala UMNO. Adakah Isa Samad bersih dari rasuah. Bagaimana penerimaan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaludin yang akan mengerakkan jentera pemudanya nanti. Apakah Mohamad Hassan akan menbiarkan Isa Samad buat 'come back' dan menggugat kedudukannya.
Inilah peluang PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat di PRK N31 ini. Kedudukan 7-0 di Semenanjung Malaysia akan menjadi 8-0 jika kena pada 'butir'nya.
Ayuh kita bersama mengembeling masa, tenaga dan harta benda kita untuk menahan asakan jentera UNMO/BN yang bergerak melalui Jabatan Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerajaan Pusat.
Usah bimbang denga ratusan pegawai dan kakitangan kerajaan yang akan bekerja untuk UMNO/BN. Percayalah mereka hanya menjalankan tugas sepertimana diarahkan. Jangan takut dengan deretan van, lori dan pajero Jabatan Kerajaan Negeri dan Kementerian kerana pemandunya hanya menjalankan tugas. Perasaan dalam hati tetap menyokong PR.
Insyaallah, manusia akan merancang dan Allah juga mempunyai perancanganNya. Tunaikan tanggungjawap sebagai hizbullah (tentera Allah) dan perjuangan Islam sentiasa menang samada di dunia maupun akhirat.
Saturday, September 12, 2009
Pemilihan Isa Samad, MB Mohamad Hassan Membisu, Khairi Mula Atur Strategi
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment