Friday, September 11, 2009

Iftar Ramadhan Di Semayor Sempena Daurah Tarbiyyah DUN Kemasik




Selesai pembentangan Kertas Kerja III sempena Daurah Tarbiyyah peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, semua peserta dan orang ramai berbuka puasa di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Kg. Semayor, Kemasik.

Kerja penyediaan iftar ramadhan bermula sejak pagi lagi. Seekor lembu dikorbankan sebagai juadah utama. Walaupun penat mengharungi ibadah puasa, amalan gotong royong telah mengurangkan perasaan letih dan dahaga.

Juadah berbuka puasa begitu menyelerakan. Menu berkonsepkan masakan kampung. Singgang daging lembu, daging goreng, ayam goreng, sayur kacang goreng, sayur lemak kulit rambai, acar timun dan sambal belacan membuatkan rasa lapar setelah seharian berpuasa hilang.

Terima kasih kepada tuan rumah, PAS Cawangan Kg. Semayor yang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online