KAMPUNG SEMAYOR : Sesebuah harakah Islamiyyah perlu didukungi oleh para pendakwah yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam menjalankan usaha ta'rif (dakwah), takwin (tarbiyyah), tanfiz (perlaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan jati diri).
Demikianlah intipati utama dalam pembentangan Kertas Kerja III bertajuk 'Persiapan Para Daie'' pada Daurah Tarbiyyah Siri II anjuran MTD Kemasik.
Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ketika membentangkan tajuk berkenaan menggariskan beberapa persiapan yang perlu dimiliki oleh para daie dan petugas parti bagi memastikan mereka terus istiqamah dalam perjuangan.
Ciri pertama ialah mempunyai ilmu. Sekurang - kurangnya para pendakwah faham berkenaan ajaran Islam dan sistem hidup Islam secara umum, mengetahui pendekatan yang sesuai dan memahami situasi politik semasa.
Ciri kedua ialah memiliki persiapan mental iaitu mampu berfikir dan bijaksana.
Ciri ketiga ialah persiapan jasmani dengan menjaga kesihatan dan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mendatangkan mudarat kepada tubuh badan seperti makanan dan minuman manis, makan banyak dan merokok.
Ciri terakhir ialah persiapan rohani, akhlak mulia dan mempunyai daya kepimpinan. Pendakwah perlu menjauhi perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara' dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah dan merindui keampunan dan keredhaan Allah swt.
Berakhlak mulia seperti tidak mudah marah dan melenting dan keras hati. Para daie perlu bijak mempelajari dan mengambil iktibar dari pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.
Dengan gabungan kesemua ciri di atas, dakwah Islam akan bergerak meresapi sasaran dakwah dan masyarakat.
Hasilnya, PAS akan mendapat keyakinan masyarakat dan memilih PAS dalam pilihanraya untuk mentadbir di Malaysia.
Friday, September 11, 2009
Pendakwah PAS Perlu Persiapkan Diri Dengan Ilmu : AJK DPPNT
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 3:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment