Friday, September 11, 2009

Kandungan Dan Sasaran Dakwah : Ustaz Saiful Bahri Mamat






KAMPUNG SEMAYOR : Para pendakwah dalam PAS perlu faham maudhu' (kandungan) dakwah yang ingin disampaikan mengikut peringkat masyarakat antaranya dakwah untuk masyarakat umum untuk memenuhi marhalah al - ta'rif sahaja.

"Para pendakwah mesti mempunyai misi yang jelas perkara yang akan disampaikan dan mengetahui tahap pemikiran dan pendidikan masyarakat di tempat tersebut, tidak boleh hentam sembrono sahaja", ujar Alfadhil Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu semasa membentangkan Kertas Kerja I & II di Daurah Tarbiyyah Siri II anjuran MTD Kemasik di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kg. Semayor, Kemasik semalam.

Antara maudu' dakwah untuk masyarakat umum ialah berkenaan asas ajaran Islam seperi Iman, Islam dan Ihsan, penafsiran Al Quran dan As Sunnah, memperjelaskan halangan dan ancaman dakwah dari pemerintah dan usaha menghadapinya dan menolak salah faham terhadap Islam dan fitnah terhadap PAS.

Alfadhil Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu juga menyentuh berkenaan sasaran dakwah yang ingin disampaikan. Ianya terbahagi kepada 4 golongan iaitu golongan al malak, golongan al jumhur, golongan munafik dan golongan al - asi (membuat maksiat).

Ustaz Saiful Bahri Mamat yakin jika kerja gerakan Islam ini diperhebatkan tidak mustahil PAS akan memdapat kepercayaan masyarakat untuk memerintah. Retorik hanya UMNO yang mampu memerintah telah lama berakhir dan UMNO sekarang menunggu saat - saat sakaratul maut sahaja.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online