TELUK KEMANG : Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik berkata tema pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah ”Bersama Kehendak Rakyat”.
Menurutnya, keperluan dan kehendak rakyat teramai tidak wujud dalam DUN Bagan Pinang walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun.
Sebaliknya kata beliau, suasana kemiskinan, pengangguran, ketiadaan peluang pekerjaan dan pemimpin yang rasuah bukanlah kehendak yang diperlukan oleh rakyat.
”Banyak keperluan yang ada di Port Dickson di Teluk Kemang dan Bagan Pinang tidak tertunai,
”kehidupan rakyat miskin dan masih ramai yang terima bantuan kebajikan, pekerjaan tidak ada, jenayah ramai dan semakin meningkat, pemimpin tidak boleh diharap kerana bergelumang dengan rasuah,”jelasnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu di Bagan Pinang di sini semalam (28hb. September 2009).
Oleh itu, katanya, rakyat Bagan Pinang mesti bersama kehendak rakyat diseluruh negara, membuat perubahan sebagaimana rakyat di negeri lain.
Beliau turut berkata, undi pos memang menjadi masalah kepada pilihanraya kerana ia dilihat tidak telus dan menguntungkan parti pemerintah. Undi pos telah dimanipulasi sepenuhnya oleh pihak pemerintah. Ianya menjadi simpanan tetap (fix deposit) kepada pemerintah. "Apa warasnya undi pos jika majoriti mereka berada di kem dalam kawasan bandar bukannya nun jauh dalam hutan belantara di sempadan negara".
Justeru satu perjumpaan diadakan diantara wakil-wakil Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menuntut kepada pengurusan pengundi pos dengan lebih telus dan adil.
”Kita nak pastikan dengan SPR supaya askar yang ada sahaja boleh mengundi, dan kita nak jaga peti undi (dari proses pengundian) sampai di buka, ”dan kita nak minta jadi saksi pengundian itu tak semestinya pegawai, mana –mana boleh jadi saksi,”terangnya.
Isu undi pos menjadi semakin panas berikutan terdapat borang tambahan yang dikeluarkan oleh SPR kepada pengundi pos. Borang ini menimbulkan rasa ketakutan dan ketidakselesaan kepada pengundi pos dimana undi mereka menjadi 'tidak rahsia' lagi.
Jika undi sudah tidak rahsia lagi ianya bertentangan dengan prinsip utama SPR iaitu 'undi anda adalah rahsia'.
Monday, September 28, 2009
PAS 'Bersama Kehendak Rakyat' Membuat Perubahan Di DUN Bagan Pinang
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment