Monday, September 28, 2009

Dimana Rakyat Bermaklumat Disitu UMNO/BN Terkubur



Setiap ciptaan Allah swt telah ditentukan hari lahir, rezeki dan ajal mautnya. Cuma masa dan ketikanya tidak diberitahu. Nabi dengan wafatnya. Insan dengan mautnya. Binatang dengan matinya. Benda dengan kerosakannya. Gunung ganang dengan kehancurannya.

UMNO/BN sudah 52 tahun memerintah. Seusia setengah abad UMNO/BN baru terkial - kial mencari sebab musabab penolakan rakyat terhadapnya. Sakaratul maut menunggu detik sahaja mencabut UMNO/BN dan menguburkan di Muzium Negara tetapi UMNO/BN masih berperang sesama sendiri merebut jawatan dan habuan projek dan saham untuk diisi dalam poket dan perut sendiri.

Sejarah tidak pernah membohongi kita. Talian hayat UMNO/BN sekarang bergantung kepada kuasa sahaja. Jika UMNO/BN tiada kuasa akan bertempiaran lari pemimpin, ahli dan pengikutnya bab kapal hampir karam. Pemimpin UMNO/BN masih bersamanya disebabkan projek dan fulus. Ianya lubuk emas yang menjadi rebutan sesama pemimpin. Parti UMNO/BN macam kapal pecah dan hampir karam di tengah lautan. Krisis dalaman UMNO membarah. MCA dengan peperangan Presiden Ong Tee Kiat menghapuskan pengaruh bekas Timbalan Presiden Chua Soi Lek. MIC dengan kuda tua dan 'hero purba' Samy Vellu menggodam calon Timbalan Presiden yang tewas S Subramaniam. PPP dengan pemecatan T Murugiah yang mencelarukan parti. Untuk maklumat kaum India mempunyai lapan (8) buah parti politik yang berdaftar.

Apa yang berlaku digelapkan oleh media. Rakyat terbanyak tidak mendapat maklumat sepertimana demokrasi negara lain. Mengambil kata - kata Haji Mat Sabu 'demokrasi jakun'.

Angin perubahan sedang melanda politik di Malaysia. PRU ke-12 menunjukkan rakyat sudah bosan dan sedar dengan tipu daya UMNO/BN. Apa janji yang tidak pernah diucapkan oleh UMNO/BN setiap kali PRU berlangsung.

Semua janji hanya retorik semata - mata. Ianya ucapan dari ahli politik UMNO/BN yang lidah tidak bertulang tetapi macam bercabang. Janji penurunan harga minyak tinggal janji. Rakyat rasa ditipu dalam terang dan dirompak siang hari.

Inilah UMNO/BN. Bagi rakyat yang bermaklumat tidak ragu lagi menolak UMNO/BN. Maklumat sebenar tidak didapati di dada akhbar dan media massa elektronik utama. Apa yang keluar di Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3 hanya berita bodoh, cerita merapu, retorik dan wawasan yang penuh ilusi dan dongengan.

Analisa dari keputusan PRU 2008 lepas nyata dan jelas. Rakyat berinfomasi di bandar - bandar besar memilih Pakatan Rakyat (PR) dan menolak UMNO/BN. UMNO/BN hanya menang di Parlimen Kangar dan Johor Bahru sahaja dan gagal mempertahankan Kuala Terengganu. Manakala Parlimen Kota Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Shah Alam, Georgetown, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Kuantan, Seremban, Kota Bahru dan Alor Setar rakyat menolak UMNO/BN.

PRK N31 - Bagan Pinang akan menentukan talian hayat UMNO/BN yang mendakwa kubu kuatnya. Dengan apa cara sekalipun UMNO/BN mesti menang 'by crook or by hook'.

PR yang memilih PAS untuk mewakilinya mesti bergerak dengan sistematik. Pastikan segala maklumat sampai ke rumah pengundi. Maklumat ini yang akan mengubah minda para pengundi walaupun UMNO/BN akan melakukan segalanya.

Angin perubahan semasa PRU 2008 dan tujuh PRK masih membara dan tidak terpadam. Apa yang penting angin tersebut perlu diolah dan dikawal supaya menyentuh setiap hati dan naluri pengundi di Bagan Pinang.

Secara matematiknya PRK N31 adalah perlawanan yang akan menentukan samada UMNO/BN kecundang 8-0 atau 7-1. Tidak lebih dari itu. Dalam bolasepak keputusan 8-0 atau 7-1 adalah jarang berlaku. Apapun keputusan ianya tidak mengubah persepsi masyarakat secara keseluruhannya.

Percayalah, talian hayat UMNO/BN semakin hampir. UMNO/BN akan menjadi sejarah sepertimana nasib parti LDP di Jepun, Golkar di Indonesia dan Kongress di India.

Selamat Tinggal UMNO/BN. Selamat Mengundi kepada pengundi di Bagan Pinang. Andalah penerus kesinambungan arus perubahan iklim politik di Malaysia. Ayuh teruskan angin penolakan UMNO/BN. Sesungguhnya pengundi di Parlimen Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Kuala Terengganu telah menunjukkan jalannya. Begitu juga pengundi di DUN Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir. Hanya di Batang Ai sahaja UMNO/BN sempat bernafas. Anda di Bagan Pinang berpeluang mengukuhkan fakta kuasa rakyat kuasa keramat. Hidup Rakyat. Ikut Kehendak Rakyat.

Selamat Mengundi di PRK N31.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online