Friday, September 11, 2009

Pemuda Perlu Berakhlak Mulia Elak Fitnah Kepada Jemaah - Ustaz Nik Muhamad Nasri Nik Malik






KEMAMAM : Para pemuda yang berada dalam Gerakan Islam perlu mempunyai akhlak yang baik. Ini kerana musuh Islam dan mereka yang bertopengkan Islam akan mencari kesalahan walau sekecil manapun untuk mengambarkan keburukan Islam. Bagi mengelakkan fitnah kepada jemaah dan Gerakan Islam para pemuda disaran menjadi 'role model' kepada masyarakat sekeliling.

Demikian antara intipati yang disampaikan oleh Ustaz Nik Muhamad Nasri Nik Malik, Timbalan Ketua Lujnah Tarbiyyah PAS Kawasan Kemaman semasa menyampaikan Modul 1 - 'Kepentingan Menjaga Jemaah' pada program Ihya Ramadhan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) di Masjid Pasir Minal, Kemaman semalam.

Bulan Ramadhan adalah madrasah pentarbiyahan yang paling tinggi martabatnya yang dianjurkan oleh Allah swt sendiri untuk hambaNya.

Pemuda mesti istiqomah dalam perjuangan bersama Gerakan Islam. Sifat istiqomah dalam perjuangan Islam adalah seribu kali lebih baik dari perkara karamah.

Perlu mengambil pengajaran dari Suratul Kahfi (Surah Gua) yang menceritakan segolongan pemuda yang berlindung di dalam gua menghindarkan diri dari pemerintahan yang zalim pada waktu tersebut. Mereka adalah orang yang beriman kepada Allah swt dan hati mereka diikat satu sama lain membentuk sebuah jemaah atau kumpulan atau parti.

Para pemuda perlu menyertai program atau majlis yang menyuburkan tahap keimanan kita samada secara langsung atau tidak langsung. Antaranya menghadiri majlis ilmu yang diadakan saban masa di markaz, pusat tarbiyyah, madrasah, surau atau masjid di sekitar kita.

Pemuda perlu memastikan setiap program dan gerak kerja mempunyai unsur pentarbiyahan kepada peserta yang menyertainya. Contohnya perlawanan bolasepak diwajibkan memakai pakaian yang menutupi aurat adalah tarbiyyah secara langsung kepada pemain.

Kekuatan PAS disebabkan unsur pentarbiyahan dan tarbiyyah ini menjadi aset penting dalam mana - mana gerakan Islam.

Pemuda PAS perlu mempunyai ciri - ciri Hizbullah (tentera Allah). Antara sifatnya ialah kasih kepada Allah dan Allah mengasihi mereka, merendah diri dengan orang Mukmin dan tegas dengan orang kafir serta tidak takut dengan sebarang celaan dan cemuhan yang mendatang.

Ustaz Nik Muhamad Nasri Nik Malik mengakhiri pembentangan modul dengan meminta pemuda senantiasa meminta pertolongan kepada Allah swt supaya beban amanah yang dipikul dal;am jemaah dapat dijalankan setakat kemampuan yang ada dengan pertolongan dari Allah swt.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online