MASJID PASIR MINAL : Umat Islam di seluruh dunia diminta bersatu menentang pencerobohan regim Zionis/Yahudi ke atas Baitulmuqaddis yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Masalah yang melanda Palestin bukan masalah penduduk di Palestin sahaja. Bukan masalah suku Arab di Timur Tengah sahaja. Ianya adalah masalah umat Islam yang berada di setiap ceruk bumi ini.
Orang Islam diminta memainkan peranan masing - masing menentang pencerobohan ini mengikut kemampuan masing - masing samada bermunajat, berdoa atau memberi bantuan kewangan. Para pendakwah dan iman diminta menyebarkan berita berkenaan penaklukan di Palestin.
Musuh Islam tidak akan membiarkan Islam hidup dalam keadaan aman. Selama 60 tahun Palestin diserang oleh regim Zionis. Penduduk dibunuh, disembelih, dirogol, dipenjara dan wanita melahirkan anak dalam penjara. Sirah yang berlaku kepada para Nabi terdahulu menjadi panduan kepada penduduk Palestin melawan regim Yahudi ini. Pemboikotan ekonomi pernah berlaku kepada Nabi saw.
Persoalannya siapakah yang sebenarnya bertanggungjawap mempertahankan kesucian Baitulmuqaddis?.
Pemuda Islam di mana jua berada diminta berada di barisan hadapan menentang regim Zionis ini untuk mempertahankan Baitulmuqaddis yang suci yang bukan menjadi milik orang Palestin sahaja bahkan milik seluruh umat Islam di dunia.
Perjuangan kita akan menang sepertimana janji Allah. Nabi saw bersabda yang maksudnya tidak akan berlaku kiamat sehingga Islam menguasai dunia kembali. Bumi Palestin akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi Laknatullah.
Demikian antara intipati sessi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh salah seorang wakil Palestin yang menziarahi Masjid Pasir Minal, Kemaman semalam.
(keterangan gambar)
penulis bersama salah seorang wakil Palestin berumur 23 tahun menuntut di Yemen dan keluarganya masih berada di Semenanjung Gaza - Allahukbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Friday, September 11, 2009
Pencerobohan Baitulmuqaddis Pencabulan Kepada Umat Islam Seluruh Dunia - Wakil Palestin
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 3:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment