Monday, September 14, 2009

Sumbangan Ramadhan di Surau Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh







Meskipun ramadhan sudah sampai ke penghujung, sumbangan para penderma dan syarikat korporat kepada golongan yang kurang berkemampuan terus mencurah tiba.

Majlis penyerahan sumbangan Ramadhan oleh kakitangan sebuah syarikat telah diadakan di perkarangan Surau Taqwa, Kg. Gelugor pagi tadi.

Menurut wakil syarikat, sumbangan tersebut adalah hasil derma kakitangan syarikat yang telah menjadi program tahunan. Kata wakil kakitangan syarikat, "Jumlah kutipan derma dari kakitangan syarikat pada tahun ini agak tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Kami telah mengagihkan sebahagiannya dan pada pagi ini seramai 11 orang penerima akan menerima sumbangan tersebut".

Wakil penduduk Kg. Telaga Papan & Kg. Gelugor & Kg. Tengah Kerteh, Mohd Tishaah Hamzah, ketika memberi ucapan penghargaan kepada wakil kakitangan syarikat mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan kakitangan syarikat kepada penduduk dan masyarakat setempat. "Walaupun bekerja di sebuah syarikat yang besar, kakitangan masih dapat memikirkan nasib penduduk yang kurang berkemampuan terutama menjelang hari raya Idul Fitri. Kami mengucapkan ribuan terima kasih semoga segala usaha saudara mendapat keberkatan Allah swt".

Semoga sumbangan ramadhan yang diberikan akan mengurangkan rasa sedih golongan yang kurang berkemampuan menghadapi ramadhan dan Idul Fitri.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online