Sunday, September 13, 2009

Sumbangan RM3,000 Kepada Nelayan Kuala Kerteh Sempena Idul Fitri





Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik melalui Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah mengagihkan bantuan Idul Fitri kepada sepuluh orang nelayan di Kuala Kerteh semalam.

Majlis ringkas penyampaian bantuan telah diadakan di Surau Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh.

Saudara Mohd Tishaah Hamzah selaku Timbalan Ketua I Pemuda MTD Kemasik dalam ucapan ringkasnya meminta penerima bantuan membelanjakan sumbangan tersebut secara berhemah. Apalagi dengan harga barangan semakin naik ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol baru - baru ini.

"Kami Pemuda PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik amat prihatin dengan tekanan kehidupan yang dilalui oleh golongan nelayan. Sebenarnya setiap rakyat berhak untuk mendapat kehidupan yang selesa. Adalah menjadi tanggungjawap mereka yang memerintah menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyatnya". Ujar Mohd tishaah Hamzah.

Seramai sepuluh orang nelayan di Kuala Kerteh yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan Idul Fitri sebanyak RM300 seorang.

"Jumlah RM3,000.00 ini adalah hasil sumbangan syarikat/individu/penderma/orangramai yang memberi amanah kepada kami untuk diagih - agihkannya. Kami yakin masyarakat akan bersama kami untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan", ujar Saudara Maznan Chik selaku Ketua Pemuda MTD Kemasik.

Pemuda PAS MTD Kemasik mengalu - alukan sebarang bentuk bantuan daripada orangramai untuk diagihkan kepada beberapa golongan yang kurang bernasib baik. Mereka yang berminat boleh menghubungi 0139815788 (Setiausaha Pemuda MTD Kemasik).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online