BAGAN PINANG, 29 Sept:"Kami mahu Isa. kalau tak kami BOIKOT". Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Bt. 6 Teluk Kemang, di sini.
Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad.
Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak; bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa Samad.
Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno/BN petang ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa; sejak pagi tadi.
Bersebelahan rumah kampung Isa - Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang.
Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon.
Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih selain Isa. - mks.
Tuesday, September 29, 2009
UMNO Diboikot, Jika Isa Samad Tak Jadi Calon
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 12:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment