KERTEH : Kurang 24 jam lagi Perasmian HIMPIT 10K akan disempurnakan oleh Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman.
Pemuda DUN Kemasik akan menghantar seramai 253 peserta dari 14 buah cawangan.
Menurut Ketua Kontingen Pemuda PAS DUN Kemasik, Rosman Rani merangkap Ketua Pemuda PAS Cawangan FELDA Kerteh 5, "Alhamdulillah, setakat ini semua cawangan berjaya menghantar pemudanya sebagai peserta".
"Pemuda Cawangan Semayor 26 orang, Kg. Baru Kemasik 11, Kemasik Pantai 50, Gong Cengal 10, Kg. Chabang 21, Kg. Baru Kerteh 27, Penelex/TWA 6, Kg. Gelugor 30, Telaga Papan 23, Pengkalan Ranggon 20, Batu Puteh 7 dan FELDA Kerteh Lima & Enam seramai 22 orang, jumlah semua ialah 253 orang", jelas Rosman Rani.
Wan Mokhtar Wan Mohamad, Ketua Pemuda Cawangan Kg. Baru Kemasik dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontingen dan Mohd Kamal Muda sebagai Ketua Perbekalan & Pengangkutan.
Sementara itu, kontingen Pemuda PAS DUN Kemasik akan berkonvoi motosikal dan kereta ke tapak program.
Semua peserta konvoi diminta berkumpul di perkarangan Surau Bukit, Kemasik jam 8.00 pagi Jumaat.
"Para peserta konvoi dikehendaki mematuhi segala peraturan di jalanraya dan berhati hati ketika memandu", pesan Maznan Chik, Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik ketika memberi ucapan perangsang kepada pemuda di program usrah bulanan Pemuda DUN Kemasik di Markaz Tarbiyyah PAS Kg. Baru, Kemasik, semalam.
Wednesday, October 28, 2009
HIMPIK 10K ; 253 Pemuda DUN Kemasik Ke Geliga
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment