Saturday, October 31, 2009

HIMPIT 10K ; Ketua DPP Pusat Lancar Buku Teks Usrah



DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Sempena dengan HIMPIT 10K, Lujnah Penerbitan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) melancarkan sebuah buku bertajuk 'Membina Fikrah Harakah Islamiyyah' sebagai garis panduan kepada para pemuda PAS mengadakan aktiviti usrah di pelbagai peringkat.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi selepas perasmian HIMPIT 10K di Dataran Tuan Guru, Geliga, pagi semalam.

Buku ini dikeluarkan oleh Lujnah Penerbitan DPPNT yang diketuai oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Para pemuda yang ingin mendapatkan naskah buku boleh menghubungi Pejabat DPPNT di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu selepas HIMPIT 10K.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online