Saturday, October 31, 2009

HIMPIT 10K ; Kemaman Muncul Naib Johan Dua Anugerah Utama

Ketua Kontingen Kemaman, Wan Mohd Husni Wan Othman segak dan bergaya mengetuai 1,000 peserta Kemaman di perbarisan perasmian

Barisan pembawa panji - panji kontingen Kemaman mendengar ucapan Ustaz Nasaruddin

Orang kuat HIMPIT 10K, Hamizan Amid bersama 1,000 peserta kontingen Kemaman.

Antara sebahagian dari ribuan peserta HIMPIT 10K yang sempat dirakamkan oleh jurukamera amatur kami.


KEMAMAN : Kontingen Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) berjaya muncul sebagai Naib Johan untuk dua anugerah utama di Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K yang diadakan di Dataran Tuan Guru, Geliga , Kemaman pada 29-31hb. Oktober 2009.

Johan anugerah penyertaan peserta teramai telah dimenangi oleh pasukan DPPK Marang manakala DPPK Kemaman menjadi Naib Johan.

Bagi anugerah Dewan Pemuda PAS Kawasan Terbaik telah dimenangi oleh DPPK Dungun dan DPPK Kemaman muncul sebagai Naib Johan.

Bagi acara 'Orang Muda Geng Kite' 1 & 2, sebanyak 9 acara telah dipertandingkan pada petang Jumaat dan pagi sabtu.

Peserta dari DPPK Kemaman telah muncul sebagai Johan bagi acara Motosikal Klasik Individu manakala peserta DPPK Kuala Nerus muncul Naib Johan manakala DPPK Marang tempat ke-3.

Abdul Halim Hassan dari DPPK Kemaman telah muncul sebagai Johan bagi acara Larian 5KM HIMPIT 10K.

Salahuddin Abdul Kadir dari DPPK Setiu muncul Naib johan, Ke-3 Mohd Nasarudin Mansor dari DPPK Hulu Terengganu manakala seorang lagi wakil DPPK Kemaman, Mohd Syakir Syafaat tempat ke-4.

Peserta karoake nasyid, Yusri Mohd Hassan dari DPPK Kemaman juga muncul sebagai Johan kategori itu. Beliau seorang yang sering mengadakan persembahan berunsur kesenian Islam mempunyai 'band' sendiri dikenali sebagai 'The Green'.

Beliau mendendangkan lagu popular 'Selimut Putih' berjaya mencuri perhatian para panel juri yang diketuai oleh bekas komposer terkenal Kumpulan Iklim, Saudara Wan Zul.

Pasukan rakit darat DPPK Kemaman juga telah muncul sebagai Johan manakala DPPK Marang Naib Johan, tempat ke-3 DPPK Kuala Nerus dan DPPK Dungun ke-4.

Ketua Kontingen DPPK Kemaman, Wan Mohd Husni Wan Othman kagum dengan komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta dari Kemaman.

Semua pemenang telah menerima hadiah dari YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu di majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah HIMPIT 10K.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak bernasib baik, Insyaallah cuba lagi di HIMPIT tahun depan.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online