KG. GELIGA : Kemalangan tidak dapat dielakkkan. Ianya adalah qada dan qadar Allah swt. Begitulah juga apa yang dialami oleh AJK HIMPIT 10K merangkap Ketua Unit Gerai Jualan HIMPIT 10K, Saiful Azmi Suhaili.
Menceritakan bagaimana kejadian berlaku, "saya dalam perjalanan hendah menunaikan solat asar. Selepas memberi signal kanan dan membelok ke kanan, tiba- tiba datang sebuah motor dari arah yang sama dari belakang cuba memotong keretanya, lalu terlanggar pintu belakang".
Kejadian berlaku di jalan berhadapan Banglow Bank Rakyat menuju ke Pantai Mak Nik, kira - kira 100 meter dari tapak HIMPIT 10K.
Pemandu motosikal tersebut telah dibawa ke hospital oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut manakala Saiful hanya mengalami sedikit kecederaan pada jarinya.
"Alhamdulillah, semuanya selamat dan ini sebagai ujian Allah kepadanya", jelas Saiful lagi.
Saturday, October 31, 2009
HIMPIT 10K ; AJK HIMPIT 10K Alami Kemalangan Kecil
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment