Hj Mohd Sabu, AJK PAS Pusat, Penceramah Utama pada Ceramah Perdana HIMPIT 10K masih lagi 'berbisa' macam dulu.
Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, Timbalan Ketua DPP Pusat ketika Ceramah Perdana HIMPIT 10K.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua DPPNT selaku Penasihat HIMPIT 10K.
Dari kiri : Hj Ismail Harun, Ustaz Azman Shafawi, Hj Mohd Sabu, Hj Hanafiah Mat dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Dari kiri ; Hj Mohd Sabu, Hj. Hanafiah Mat dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah di pentas Ceramah Perdana HIMPIT 10K.
DATARAN TUAN GURU, GELIGA : Rakyat diminta membuat perubahan besar - besaran dalam PRU ke 13 nanti dengan menggantikan kerajaan UMNO/BN yang uzur, letih dan korup kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Rakyat di Jepun telah menukar Parti LDP disebabkan telalu lama memerintah, lebih 50 tahun walaupun kerajaannya amat bertegas menghapuskan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan", ujar Hj Mohd Sabu, AJK PAS Pusat di Ceramah Perdana HIMPIT 10K semalam.
Pertukaran kerajaan tidak menyebabkan Jepun mundur dan ketinggalan bahkan semakin kuat menguasai ekonomi dunia dan bersaing dengan AS dan Eropah.
Tuan Haji Mohd Sabu juga meminta agensi kerajaan seperti SPRM, PDRM dan SPR bersikap adil dan saksama terhadap semua orang termasuk pembangkang (Pakatan Rakyat).
"Kenapa bila SPRM memanggil Ong Tee Kiat untuk menyiasat dakwaan menerima RM10 Juta dalam skandal PKFZ , Khir Toyo dengan dakwaan banglow bernilai RM24 juta, kedua mereka keluar dari bilik siasatan dalam keadaan tersenyum dan 'tersengih', dalam masa yang sama kenapa Beng Hock yang hanya sebagai saksi dengan tuduhan penyelewengan RM2,400 sahaja bukannya orang yang dituduh bila memasuki bilik SPRM tidak muncul bahkan didapati mati pada paginya?. Apa sebenarnya telah berlaku?", soalnya.
Beliau juga sangsi dengan hukuman terhadap YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu oleh sebuah mahkamah baru - baru ini kerana tiada seorang saksi pun dikemukakan oleh pihak Pendakwa, hanya pengakuan mangsa sahaja dijadikan asas pendakwaan. Bagaimanapun beliau akur dengan hukuman mahkamah.
Justeru itu, beliau menyeru seluruh rakyat membuat perubahan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan UMNO/BN.
"Beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR), jika PR juga gagal ubah dalam PRU seterusnya, jelasnya lagi.
Turut berceramah ialah Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat dan YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).
Hadir sama ialah Hj. Ismail Harun (YDP Kemaman), Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP), Amri Mamat (Ketua Penerangan) dan Hj. Hanafiah Man (Pengarah MTD Chukai).
Ribuan pengunjung datang untuk bersama HIMPIT 10K disamping mendengar penjelasan isu semasa politik tanahair.
Saturday, October 31, 2009
HIMPIK 10K ; Masa Untuk Berubah - Hj Mohd Sabu
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment