Saturday, October 31, 2009

HIMPIT 10K ; 'Pemuda PAS Sedia Berjihad Bila Bila Masa' - Ustaz Nasharuddin Tantawi

Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ketua DPP Pusat berucap pada Perasmian HIMPIT 10K.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua DPPNT sebagai penganjur sedang menyuntik semangat kepada para peserta.

Ustaz Nasharudin Hassan Tantawi bersama barisan AJK DPPNT menerima tabik hormat dari peserta dan bersama menyanyi lagu PAS dan 'Amalullillah'.

Barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Terengganu serta Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman di atas pentas.

Skuad WAJA tidak ketinggalan menyertai perbarisan perasmian bersama 'abang - abang' di HIMPIT 10K.

Kontingen Pemuda Hulu Terengganu di perbarisan perasmian...lepas ni kita pakat terjun ke Laut China Selatan lepaskan kerinduan pada pantai.

Dari lensa jurukamera amatur...antara ribuan peserta HIMPIT 10K yang sempat dirakam.

Pasukan 'Tentera Merah' Unit Amal sentiasa gagah dan penuh disiplin di mana saja berada.

Kontingen Pemuda Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersebelahan semasa perbarisan perasmian.

Dari lensa jurukamera amatur...antara ribuan peserta 'hijau' yang sempat dirakam.

DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Perasmian Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman, Terengganu telah disempurnakan oleh Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat pada pagi Jumaat, 30hb. Oktober 2009.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu juga memberi ucapan aluan selaku Penasihat HIMPIT 10K.

Turut hadir ialah Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Hj. Yahaya Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (Timbalan Ketua DPPNT), Ustaz Ridzuan Hashim (Naib Ketua DPPNT), Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP Kemaman) dan Hj Hanafiah Mat (Pengarah MTD Chukai).

"Perhimpunan pemuda dalam skala yang besar dan kuantiti yang ramai ini Insyaallah akan melahirkan golongan pemuda yang reti dan faham perjuangan Islam yang hakiki yang dipelopori oleh PAS", ujar Ustaz Nasharuddin.

Beliau juga mengingatkan para pemuda untuk terus istiqomah dan mencari seberapa banyak ilmu agama sebakai bekalan dalam mengharungi perjuangan.

Mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin untuk membuka markas pilihanraya, beliau menjelaskan, "Pemuda PAS di semua peringkat samada Dewan Pemuda PAS Pusat, Negeri, Kawasan, MTD dan Cawangan sentiasa bersedia setiap masa dan apa jua keadaan".

"Kami Pemuda PAS memang berjihad setiap detik dan ketika. Buktinya senikata lagu Unit Amal yang menjadi salah satu prinsip perjuangan pemuda PAS iaitu 'mati di jalan Allah cita tertinggi kami', tegasnya.

Beliau mengingatkan Ketua Pemuda UMNO jangan terlalu gembira dengan kemenangan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang baru - baru ini.

"Apa ertinya sebuah kemenangan yang diliputi dengan gejala rasuah. Bukan petugas wanita, pemuda, puteri dan pengundi sahaja yang dirasuah, bahkan calon UMNO/BN Isa Samad itu sendiri ialah seorang perasuah yang telah didapati bersalah", ujarnya.

Beliau menjelaskan Isa Samad telah menjadi moskot UMNO sekarang ini. Moskot ini biasanya haiwan yang terpilih untuk dijadikan 'ikon' dalam suatu festival sukan contohnya.

Selepas PRK Bagan Pinang, moskot UMNO ialah 'Isa Samad' iaitu seorang seorang perasuah.

Ketua DPP Pusat juga mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu yang banyak membantu, mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Dewan Pemuda PAS Kawasan - Kawasan, PAS Kawasan Kemaman, MTD Chukai, PAS Cawangan Geliga Besar, tuan tanah serta semua pemuda - pemuda yang berjaya menganjurkan satu perhimpunan yang agak besar dan meriah ini.

Seterusnya, beliau menerima kemasukan dua orang 'mat rempit' yang secara spontan menuju ke pentas lalu naik ke pentas untuk menukar Tshirt rempitnya dengan tshirt HIMPIT 10K - "Orang Muda Geng Kita".

Beliau seterusnya merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HMPIT) 10K dengan melepaskan banner HIMPIT 10K - 'Orang Muda Geng Kita'.

Selamat berHIMPIT 10K.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online