Saturday, October 31, 2009

HIMPIT 10K ; Orang Muda Aset Perjuangan Islam - Ustaz Azhar Idrus

Wajah Penceramah Tersohor, Alfadhil Ustaz Azhar Idrus yang diminati ramai akhirnya muncul pada Kuliah Dhuha HIMPIT 10K di Geliga, Kemaman.

Bukan senang nak dapat 'angle' baik dalam ribuan pendengar yang memenuhi setiap inci padang.

Tengok tu...tangan dan kamera dijulang bagi mengambil gambar Ustaz Azhar Idrus...nak 'eksyen' pada kawan yang tak dapat datang lah tu !.

Ada yang sanggup berdiri hampir sejam setelah setiap inci padang telah dipenuhi pendengar pelbagai lapisan masyarakat.

Antara ribuan pemuda 'hijau' duduk tekun mendengar Kuliah Dhuha HIMPIT 10K.

Kedatangan pelbagai golongan masyarakat yang memenuhi setiap inci padang HIMPIT 10K.

Ustaz Azhar Idrus punyai peminat golongan muda di serata ceruk pelusuk tanah air.

'...lepas HIMPIT 10K ni aku tak nak tinggal sembahyang doh...', bisikan hati siapa yang tahu.

Lensa amatur merakamkan antara ribuan pemuda 'hijau' memenuhi setiap inci kawasan padang untuk mendengar kuliah dhuha.

Pemuda 'hijau' duduk memenuhi hampir keseluruhan padang...inilah tanda kebesaran Allah membuka hati hambaNya dari kalangan orang muda.

Peserta HIMPIT 10K tidak melepaskan peluang mendengar kuliah Ustaz secara 'live'.

Ribuan pendengar pelbagai golongan datang mencari ilmu dengan Ustaz Azhar Idrus.

Sanggup duduk bertinggung bawah pokok untuk mendengar Kuliah Dhuha HIMPIT 10K hampir sejam lebih.

Lensa jurukamera amatur dari belakang kanopi kuliah tidak dapat merakamkan gambar keseluruhan pendengar yang hadir.

'Pedas juga apabila terkena batang hidung sendiri...', itulah reaksi sebahagian pemuda 'hijau' yang tersenyum manja.

Kuliah Ustaz Azhar yang bersahaja dan santai berjaya menarik golongan muda mendengarnya, tidak kering gusi dibuatnya.

Pendengar muda yang ketawa...'terkena batang hidung sendiri la tu...'

DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Kedatangan Penceramah Tersohor, Alfadhil Ustaz Azhar Idrus amat dinantikan oleh semua lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu agama.

Ceramahnya yang agak santai, bersahaja dan diselitkan dengan sindirin sinis berjaya menarik minat orang ramai.

Kuliah Dhuha Perdana HIMPIT 10K oleh Ustaz Azhar Idrus berlangsung pada pagi Jumaat, 30hb. Oktober 2009 di tapak HIMPIT 10K.

Sejak pagi lagi orang ramai berpusu - pusu datang. Kehadiran golongan muda dan tua untuk mengikuti ceramah agama begitu ramai disamping peserta HIMPIT 10K sendiri.

"Saya sendiri agak lewat belajar agama, masa tu umur saya sudah 20an". ujarnya.

Beliau amat berbangga dengan orang muda yang menyertai kumpulan Gerakan Islam seperti PAS.

"Orang muda ini tenaganya kuat, fikirannya tajam dan selera tinggi, jika mereka bersama PAS ianya menjadi aset penting pada PAS dengan kriteria yang mereka miliki tersebut", jelas beliau.

Al Fadhil Ustaz berharap ramai pemuda di luar sana menyertai PAS. "Inilah satu - satunya gerakan atau parti yang benar - benar memperjuangan Islam, jadi orang muda usah ragu untuk menyertai PAS", jelasnya lagi.

Al Fadhil juga mengingatkan orang muda dengan budaya rempit. "Nak rempit tidak salah, tapi bila masa solat jangan tinggalkan solat", jelasnya lagi.

"Saya mendapat maklumat PAS ada Kelab Motosikal, Alternative Rider Club (ARC), jadi orang muda boleh masuk jadi ahli, tidak salah dan ikut semua peraturan kelab, masa solat kita solat, masa rempit kita rempit lah...", katanya.

Kuliah Dhuha Perdana HIMPIT 10K banyak menyentuh peranan orang muda dalam gerakan Islam seperti PAS ini.

Dianggarkan 9,000 orang datang memenuhi tapak HIMPIT 10K pada pagi tersebut untuk melihat secara dekat dan mendengar secara langsung kuliah dhuha beliau.

Kesesakan lalulintas bermula di persimpangan Masjid Geliga lagi sejauh 3 kilometer dari tapak HIMPIT 10K.

Bagaimanapun, peranan Unit Amal yang bertugas mengawas lalu lintas ke tapak HIMPIT 10K berjaya meredakan keadaan.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online