Ustaz Alias Abdul Hamid memberi taklimat ringkas kepada peserta konvoi. Disebelahnya, bertshirt hijau ARC, Setiausaha MTD Kemasik, Roslan Endut mengetuai konvoi dengan motosikal CAGIVA 1100 (gambar bersama motosikal CAGIVA 1100 tidak dapat disiarkan dengan sebab - sebab 'keselamatan')
Dari kiri ; Rosman Rani (Ketua Kontingen Pemuda DUN Kemasik), Amri Mamat (Timbalan Pengarah MTD), Hj Ibrahim (Ketua Keselamatan MTD) dan Saiful Azmi Suhaili (Setiausaha Pemuda DUN) ketika taklimat dan motivasi kepada peserta di perkarangan Surau Bukit, Kemasik.
Sebahagian 253 orang peserta konvoi pemuda DUN Kemasik bersiap ke Dataran Tuan Guru, Geliga.
KEMASIK : Pemuda PAS DUN Kemasik berjaya menghantar seramai 253 orang peserta ke HIMPIT 10K di Geliga, Kemaman.
Peserta berkonvoi dengan kereta, van dan motosikal pada pagi Jumaat, 30hb. Oktober 2009.
Konvoi diketuai oleh Rosman Rani selaku Ketua Kontingen Pemuda PAS DUN Kemasik.
Majlis pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid di perkarangan Surau Bukit, Kemasik.
"Pihak MTD Kemasik mengucapkan tahniah kepada Pemuda DUN atas kejayaan mengembeling para pemuda untuk menyertai HIMPIT 10K ini". ujarnya semasa taklimat ringkas sebelun melepaskan peserta konvoi.
"Dalam suasana UMNO/BN yang menggunakan duit untuk para remaja dan pemuda menyertai program anjuran kerajaan dan parti, kita bersyukur kepada Allah membuka hati para pemuda menyertai HIMPIT 10K ini tanpa bayaran pun", jelasnya lagi.
"Saya dimaklumkan seramai 253 orang pemuda akan menyertai HIMPIT 10K ini, ianya jumlah yang agak besar".
"Saya berharap para pemuda akan menjaga akhlak dan disiplin apabila berada di sana nanti, sementelah lagi terdapat beribu - ribu pemuda lain dari seluruh Terengganu bersama kita disana", ujarnya.
Turut hadir memberi sokongan moral Amri Mamat, Timbalan Pengarah MTD serta Roslan Endut, Setiausaha MTD.
Ustaz Alias Abdul Hamid seorang bekas pimpinan pemuda peringkat DPP Negeri Terengganu dan DPPK Kemaman.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua DPP Negeri Terengganu disamping Ketua DPPK Kemaman selama beberapa penggal.
Majlis berakhir dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Alias Abdul Hamid sebelum peserta berlepas beramai - ramai menuju Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman.
"Bravo ! Pemuda DUN Kemasik Boleh".
Saturday, October 31, 2009
HIMPIT 10K ; Pengarah MTD Kemasik Melepaskan Konvoi Pemuda DUN
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment