Saturday, October 31, 2009

HIMPIT 10K ; Unit Sistem Siar Raya ; Pasukan 'behind the scene'

'Segak berdiri di hadapan peralatan sistem siar raya'...Dari kiri, Abdul Hadi Abdul Rani, Abdul Rolit Md Yusof, Mustaffa Mohd Amin & Abdul Halim Muda.

DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Pasukan petugas di sebalik tabir. Begitulah para petugas Unit Sistem Siar Raya pada HIMPIT 10K yang bekerja keras bagi memastikan sistem siar raya berada dalam keadaan baik dan sempurna dari 29-31hb. Oktober 2009 di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman.

Munurut Ketua Unit Sistem Siar Raya HIMPIT 10K, Abdul Hadi Abdul Rani, tugas kali ini amat mencabar kerana suasana iklim yang tidak menentu, kemungkinan berlaku 'short circuit' amat tinggi.

"Disamping itu penggunaan beban yang berlebihan (overload) boleh memberi kesan kepada bekalan elektrik kepada alat siar raya", ujarnya.

"Alhamdulillah, tiada sebarang gangguan serta kerosakan pada PA System sepanjang program berlangsung", ujar Abdul Hadi lagi.

Unit ini dianggotai oleh sepuluh orang petugas terdiri dari Ketua Unit, Abdul Hadi Abdul Rani, Timbalan Ketua Unit, Mohd Tishaah Hamzah, Pakar Sistem Bunyi, Abdul Halim Muda (aka Pok Halim Taman Islam), Pakar Pendawaian, Abdul Rolit Md Yusof, Mohamad Ibrahim (pakar sistem siaraya konsert), Tg. Mohd Faisal Tg. Ambak, Mohd Nizam Hashim, Mustaffa Mohd Amin dan Aziz Ali.

"Kami menggunakan dua pasukan berlainan bagi memastikan kualiti siar raya yang terbaik dipersembahkan. Satu pasukan untuk PA System Kuliah Dhuha, Ceramah Perdana dan urusetia program.

Manakala satu pasukan lagi khas untuk Konsert Kesenian Islam bersama Nasyid Pondok Mustokim, penyanyi Yusri Mohd Hassan, Renggo (bekas penyanyi Arrow) dan Kumpulan Faiz", ujar timbalannya, Mohd Tishaah Hamzah.

Terima kasih kepada para petugas yang bertungkus lumus menyediakan dan mengendalikan sistem bunyi sepanjang HIMPIT 10K.

"HIMPIT 10K - Orang Muda Geng Kite"

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online