Sunday, October 25, 2009

HIMPIT 10K ; Persiapan Akhir Berjalan Lancar - Pengarah








KEMAMAN : Persiapan akhir menyambut kedatangan tetamu, peserta serta pengunjung ke Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K sedang rancak berjalan.

"Persiapan setiap unit berjalan sepertimana dirancang, antaranya Unit Persiapan Tempat, Unit Gerai Jualan dan Unit DACS sudah merangkumi 80% siap", jelas Pengarah HIMPIT 10K, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus.

Semalam satu perbincangan dalaman antara Ahlijawatankuasa DPPKK telah diadakan bagi melaporkan kemajuan kerja keseluruhan program.

Turut hadir memberi nasihat serta perangsang ialah Hj Ismail Harun, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman.

Ketua Unit Gerai Jualan, Saiful Azmi Suhaili berkata, "setakat ini tempahan dari para peniaga amat memberangsangkan. Sehingga semalam, sebanyak 72 unit telah ditempah dan kita menjangkakan jumlah ini akan bertambah dalam tiga hari terakhir ini".

Beliau meminta para peniaga membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekusutan di saat akhir.

Undian untuk lot gerai adalah berdasarkan 'first come first serve' dimana pembahagian berdasarkan jenis jualan kering dan jualan basah.

Sebarang pertanyaan mengenai gerai jualan boleh menghubungi Saiful Azmi Suhaili 0139815788.

Program aqiqah sempena HIMPIT 10K sebanyak RM300 sebahagian masih lagi dibuka untuk penyertaan. Sesiapa yang berminat sila hubungi Ustaz Ramlan Mahmud (0199038908).

Demi memastikan segala keperluan disediakan dengan secukupnya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) bersedia memerima sebarang bentuk bantuan terutamanya kewangan demi menjayakan HIMPIT 10K ini.

"Mereka yang ingin menderma, menginfaq atau bersedekah boleh menghubungi 013 9220989", ujar Dr Megat Suhaimi Megat Idrus selaku Pengarah HIMPIT 10K.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online