Sunday, October 25, 2009

"Kemaman Mensasarkan 1,000 Pemuda di HIMPIT 10K", Dr Megat Suhaimi Megat Idrus



KEMAMAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) mensasarkan seramai 1,000 orang pemuda dari empat DUN akan hadir ke HIMPIT 10K pada 29 - 31hb. Oktober 2009 nanti.

Ketua DPPKK, Dr, Megat Suhaimi Megat Idrus berkata, "kita telah mengarahkan semua Ketua UKJ di setiap cawangan untuk melancarkan gerak gempur di cawangan masing - masing bagi menarik seberapa ramai pemuda ke Geliga nanti", ujarnya.

Dr Megat yakin pemuda di Kemaman akan memberi sokongan kepada PAS. Buktinya dengan menghadirkan diri ke HIMPIT 10K ini.

Beliau juga optimis tema HIMPIT 10K, 'Orang Muda Geng Kita' akan membuka minda para pemuda bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang benar - benar mengambil berat perihal para pemuda bukan hanya menjelang pilihanraya sahaja.

Empat DUN iaitu DUN Kemasik, DUN Kijal, DUN Chukai dan DUN Air Putih akan membawa 250 orang pemuda masing - masing demi memastikan sasaran tercapai.

Dr Megat selaku Pengarah HIMPIT 10K juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama cawangan, muslimat cawangan dan pemuda cawangan sendiri memberi komitmen sehingga ke hari ini dalam persiapan merealisasikan program yang berskala besar ini.

"Terima kasih kepada semua, PAS Kawasan Kemaman, Dewan Muslimat Kawasan, Dewan Ulama Kawasan, MTD DUN Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih serta seluruh cawangan", ujarnya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online