KERTEH : Ketua Penerangan PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ustaz Zukiman Zakaria, 38 tahun, pitam lalu rebah selepas selesai menunaikan solat maghrib di sebuah surau di Kerteh malam tadi. Ustaz dijadualkan memberi kuliah maghrib mingguan di surau tersebut.
Beliau telah dibawa ke Klinik Rantau, Kerteh dan keadaan disahkan stabil. Seterusnya beliau dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan susulan.
Wakil Pemuda PAS DUN Kemasik telah menghubungi Ustaz pagi tadi untuk bertanya khabar dan alhamdulillah beliau sekarang ini sihat dan berada di rumah untuk berehat.
Monday, October 12, 2009
Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik Rebah Selepas Solat, Keadaan Dilaporkan Stabil
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 5:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment