KERTEH : Pemuda PAS DUN Kemasik merasa bertanggungjawap menyuarakan perasaan penuh kebimbangan terhadap tragedi runtuhan bumbung Masjid Kg. Batu Putih, Kerteh pada pagi 3hb. Oktober 09 lepas.
Pemuda PAS DUN Kemasik berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawap akan menyiasat dan mengumumkan apa sebenarnya berlaku supaya rakyat terbanyak dapat mengetahui dengan terang dan jelas.
Laporan penyiasatan perlu dikeluarkan kepada umum terutama kepada para pembayar cukai dimana perbelanjaan pembangunan datang dari salah satu sumber ini.
Pemuda DUN Kemasik tidak menolak sebarang pembangunan dan kemajuan apalagi ianya adalah antara tuntutan agama Islam yang syumul.
Tinggal lagi Pemuda DUN Kemasik menekankan segala pembangunan dan kemajuan tidak akan menggugat keselamatan dan nyawa rakyat terbanyak. Ianya bukan sahaja dilihat seperti selamat tetapi disahkan selamat.
Pemuda DUN Kemasik melahirkan rasa syukur kepada Allah swt tragedi tempohari tidak melibatkan kehilangan nyawa. Tetapi apakah jaminan pihak yang berkenaan peristiwa demikian tidak berulang lagi.
Melihat kepada rentetan tragedi runtuhan di Terengganu sudah cukup menggusarkan rakyat. Masih terbayang runtuhan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Wakaf Tapai, runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak dan tumbangnya Menara Telekomunikasi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut secara kebetulannya berlaku di negeri ku Terengganu Darul Iman.
Pemuda DUN Kemasik berharap pihak pemaju dan pemborong dapat menjalankan amanah dengan Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di masa akan datang.
Kami percaya slogan 1Malaysia ; Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan akan mencapai matlamatnya dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak samada kerajaan maupun swasta.
Bersama kita berganding bahu memajukan dan memakmurkan tanah air tercinta ini.
Inilah tanah tumpah darahku !.
Sekian,
Timbalan Ketua 1
Pemuda PAS DUN Kemasik
Wednesday, October 7, 2009
Kenyataan Media Oleh Pemuda PAS DUN Kemasik : Runtuhan Bumbung Masjid
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 10:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment