KG. GELIGA, KEMAMAN : Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K akan diadakan di Kemaman pada 29,30 & 31 Oktober 2009. Kg. Geliga, Kemaman bakal mengamit kedatangan seramai 10,000 orang pemuda Islam dari seluruh Negeri Terengganu.
Dataran Tok Guru, Kg. Geliga bakal menjadi lokasi perhimpunan tahunan terbesar pemuda - pemuda Islam dari seluruh Negeri Terengganu.
Dataran Tok Guru adalah nama sempena dengan kedatangan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ke tempat tersebut sebelum PRU ke 12 lepas dalam satu program kutipan dana pilihanraya anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai.
Dataran Tok Guru, Kg. Geliga merangkumi kawasan seluas 3 ekar terletak 3 kilometer dari bandar Chukai.
Pengguna dari arah Kuala Terengganu perlu melepasi Bandar Chukai menuju ke Kuantan sehingga berjumpa Masjid Geliga yang tersergam indah di atas bukit disebelah kiri. Sebelum Masjid tersebut ada persimpangan ke kiri terus ambil ke kiri.
Pengguna jalanraya dari Kuantan boleh mengambil simpang ke kanan di simpang empat Stesen Minyak ESSO di Geliga.
Kampung Geliga dan Kuala Kemaman terletak di persisiran pantai Laut China Selatan terkenal dengan otak - otak dan satay yang enak dimakan dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, pelbagai produk hasil laut seperti keropok lekor, keropok goreng, keropok keping,budu dan belacan dijual dengan banyaknya di gerai sepanjang kampung tersebut.
Selamat Datang kepada pengunjung HIMPIT 10K ke Kemaman. Selamat Berhimpun kepada para peserta HIMPIT 10K.
Tema HIMPIT 10K 'Orang Mude Geng Kite' pasti menjadikan acara tahunan ini penuh dengan nostalgia.
Friday, October 16, 2009
Lokasi HIMPIT 10K ; Luas Dan Selesa Di Tepi Pantai
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment