PASIR MINAL : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) yang diamanahkan sebagai tuan rumah HIMPIT 10K pada tahun ini telah mengadakan perbincangan dalaman melibatkan semua ahli jawatankuasa unit pada petang Jumaat lepas.
Perbincangan diadakan di Masjid Pasir Minal selepas selesai solat Jumaat. Timbalan Ketua DPPKK juga telah menyampaikan khutbah pra-HIMPIT 10K serta melancarkan kutipan derma HIMPIT 10K.
Khutbah pra-HIMPIT 10K telah diadakan di masjid-masjid terpilih seluruh Negeri Terenganu pada Jumaat lepas.
Sessi perbincangan melibatkan semua unit. Laporan dan status terkini dikeluarkan oleh Ketua Unit dan segala permasalahan diselesaikan.
Menurut Ketua DPPKK, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus merangkap Pengarah HIMPIT 10K, perbincangan ini bagi memastikan gerak kerja unit telah berjalan dan segala permasalahan diselesaikan secara bersama.
Beliau berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan gerak kerja dan berharap semua Ahlijawatankuasa yang terlibat menggandakan usaha gerak kerja.
"DPPKK akan memastikan HIMPIT 10K tahun ini berjalan dengan sempurna dan teratur sepertimana diamanahkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)", ujar beliau.
Selesai sessi perbincangan, semua ahlijawatankuasa meluangkan masa meninjau dan melawat tapak program bertempat di Dataran Tok Guru, Kg. Geliga, Kemaman.
Friday, October 16, 2009
Persiapan HIMPIT 10K Oleh DPPKK
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 7:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment