YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut diiringi Hj Ismail Harun dan Hj Salahudin Othman memotong riben MPV Pas Kemaman.
YB Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menghidupkan enjin MPV.
'Putih dan bersih'...MPV PAS Kawasan Kemaman 'sedia berkhidmat'.
KEMAMAN : Sempena majlis penutup Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K, PAS Kawasan Kemaman mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Perasmian MPV PAS Kemaman bersempena dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Bin Endut yang dijadualkan menyempurnakan perasmian penutup Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K.
Hadir sama ialah YDP PAS Kawasan Kemaman, Hj. Ismail Harun, Timbalan YDP, Ustaz Alias Abdul Hamid, Naib YDP, Ustaz Hj Hazri Jusoh, Setiausaha PAS Kawasan, Hj. Ahmad Salehuddin Othman, Bendahari PAS Kawasan, Hj. Johan Ismail, Ketua Penerangan, Amri Mamat serta Pengarah MTD Chukai, Hj. Hanafiah Mat.
Dengan pemilikan MPV sendiri, PAS Kawasan Kemaman diharap mempunyai sedikit kemudahan khususnya keperluan membawa anggota jamaah memenuhi tanggungjawab di luar kawasan.
Perjalanan aktivis jamaah dari Kemaman ke Kuala Terengganu bukanlah satu keperluan yang sedikit jika dinilai secara berterusan. Sedikit sebanyak, dengan pemilikan MPV ini akan lebih melicin dan melancarkan lagi gerak kerja jamaah.
Tahniah PAS Kawasan Kemaman !
Tuesday, November 3, 2009
HIMPIT 10K ; Perlancaran MPV PAS Kemaman
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 4:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment