Saturday, 31 October 2009 06:24 Wan Kay
KEMAMAN : Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri untuk keluar ke tengah medan meneruskan jihad menegakkan Islam di bumi Allah SWT.
Katanya persiapan jentera Pemuda memerlukan perancangan teliti dan menyusun gerak kerja ke arah lebih mantap dan berkesan.
Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.
“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.
“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan sahsiah ummah,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K di Dataran Tuan Guru di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, semalam.
Katanya, ‘HIMPIT 10K’ yang diadakan ini menjadi medan kepada generasi muda menyahut seruan ‘Pemuda adalah obor perjuangan’.
Ustaz Nasruddin mengingatkan Pemuda PAS agar tidak lalai dan terpesona dengan kemenangan selesa pasca pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
“Saya harap semoga HIMPIT 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.
“Mudah-mudahan dalam suasana PAS berada ditahap selesa pada pasca PRU ke-12 lalu, Kita (PAS) tidak terpesona dengan kemenangan yang ada sehingga ia melalai dan melupakan kita (PAS) dari tugas dan tanggungjawab besar yang berada dihadapan kita,” ujarnya di hadapan hampir 10,000 Pemuda PAS dari seluruh negeri.
Menurutnya, cabaran lebih besar kini berada di hadapan yang bakal ditempohi oleh setiap ahli perjuangan parti.
Katanya, Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahaya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
(dipetik dari www.buletinonline.net)
Last Updated ( Sunday, 01 November 2009 02:20 )
Monday, November 2, 2009
HIMPIT 10K ; "Kita Berjihad Menentang Musuh Allah swt", - Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 6:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment